Wednesday, March 4, 2009

Evolving Self?

Preoccupied with a single leaf,
You won't see the tree.
Preoccupied with a single tree,
You'll miss the entire forest.

Don't preoccupied with a single spot.
See everything in its entirety..
..effortlessly
That is what it means..
To truly 'see'.

Alhamdulillah, ada rasa sedikit perubahan hari ini. Alhamdulillah, pening2 sudah lagi tidak rasa sangat berbanding semalam dan kelmarin. Moga Allah mengampuni dosa2 yang terlekat pada hati.

Semalam masih sempat memikirkan kerja-kerja walaupun sibuk mengambil masa untuk berehat. Erm, barangkali diri masih mentah dengan dunia jamaah , dunia kerjaya dan dunia kehidupan selepas grad. Walaupun 9 bulan sudah grad, sudah terima gaji ke sembilan, masih lagi terasa diri masih bertatih dengan kehidupan.

Kasihan melihat pada sahabatku yang sorang itu, Dayat.. Erm, insyaAllah ana cuba bantu yang terbaik. Bukan senang nak buat kerja2 yang baik, dan bukan senang untuk memudahkan perjalanan 'kerja-kerja' orang lain. Sebelum kita pergi ke linkungan luar, perlulah menilai prestasi dalaman masing2.. Kerja roh hanya mampu menarik roh lain, kerja hati hanya mampu menarik hati lain. Kita kena bersihkan roh, hati, akal dan nafsu sebelum kita menjangkau ke daerah yang lain. Kita yang banyak ter'nampak' orang lain, perlulah mengambil iktibar, dan sama-sama menjauhi apa yang buruk. Entahlah, nampak ana sangat obses dengan kerja-kerja ini. Barangkali sebab terlalu sangat ikut menyertai dan menemani ke program2 sebegini.. Maaflah dayat, kerja-kerja ni, adalah jalan untuk ke syurga. Bak kata Wak pada ana"enta nak masuk syurga atau tak nak?" Eh Dayat, kita juga kena kuat, he...

Erm, saje je nak menulis, hujung minggu ni skali lagi off dari Selangor.. Tak nak ulas panjang2 perkara yang berlaku sekarang.. Cukuplah kata2 di atas skali sebagai renungan, walaupun bukan dari al-Quran mahupun hadith.. Wallahua'lam..

Kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepada fikrah yang murni.. Erm, kembali sambung keje kat office (uwaa!!)

2 comments:

LegendZ Saturday, March 07, 2009 3:02:00 PM  

ana pun nk masuk syurga jgk..

LegendZ Saturday, March 07, 2009 3:02:00 PM  

wali soto pun kepingin nk ke syurga jugak...hak..hak

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP