Friday, August 28, 2009

Ramadhan Kareem...



  1. It's been awhile I've yet to write something on my small blog.. Alhamdulillah, moga Allah berikan kekuatan untuk menulis suatu yang baik, meskipun sedikit, harapnya ianya bermakna buat diriku sendiri.
  2. Erm, sejak beberapa hari, saya terpaksa akui, saya agak hypersensitif terhadap perkembangan semasa diMalaysia. Erm, tak perlu saya ulas disini. Malas pula rasanya hendak memikirkannya, saya lebih interest dalam perlaksanaan, bukan idea, bukan idealisme, bukan statement yg tiada tindakan.. Walaupun begitu, tapi saya bukan totally menolak segala bentuk teori2 dan perbincangan bersifat akademik. Gambaran menyeluruh perlu ada dari kajian samada berbentuk statistik atau pemerhatian, ilmiah dan lain2 proses yang terlibat. Bila ada gambaran menyeluruh, barulah kita bleh nampak view yang sepatutnya, bukannya gambaran yang dipropaganda oleh pihak kafir dan munafik. Moga kita semua dapat buat pertimbangan yang sewajarnya.
  3. Apa overview yang dimaksudkan? Overview itu adalah pada Islam itu sendiri. Sejauh mana pandangan kita terhadap kehidupan kita sendiri (aqidah, fiqh dan tasawwuf), itulah juga akan mempengaruhi kehidupan kita. Hendak membentuk kehidupan sendiri, perlulah faham akan overview diri terhadap kehidupan. Andai itu tidak dapat dikenal pasti, apakah yang anda cuba capai dengan kehidupan anda? Disinilah datangnya pekerja-pekerja yang diberi gelaran jundullah, daie, mujahid dan lain-lain untuk memberi kefahaman kepada manusia apakah overview mereka tentang kehidupan lantas menggerakkan mereka supaya lebih dekat kepadaNya. Mungkin ia kelihatan seperti doktrinisasi tetapi itulah asas kepada pekerjaan mereka yang diberi nama dakwah.
  4. Hendak membentuk kepada para pekerja dakwah (daie) itu bukan kerja yang mudah. Ianya adalah persoalan yang kompleks yang sukar hendak dihurai satu persatu. Ia adalah kompleks kerana kerja-kerja ini yang melibatkan usaha yang betul dan bantuan dari Allah swt. Dua aspek ini sangat penting dan perlu diseimbangkan (wasatiah) kerana ia memisahkan ahli sunnah wal jamaah dari jabariyah dan qadariyah. Wasatiah tidak bermaksud 50-50 tetapi ianya berubah mengikut keadaan sesuatu perkara. Untuk menafsir keadaan itu dengan baik datangnya dari pengalaman hidup. Jadi, hiduplah semaksima yang mungkin dengan kehidupan kamu, bak kata pujangga, 'Live life to the fullest'..
  5. Bulan ini dan bulan depan ada 3 majlis pernikahan. Pertamanya Hasnor G6 the coolest guy, kak Irni the witch dan abg Miji the.. er, xde nickname nak beri. Tahniah buat kalian yang bakal menempuh kehidupan yang sebenar. Teringat pula kata2 abi utk saya, xpelah saya pendamkan sahaja. InsyaAllah doakanlah moga dipermudahkan untuk saya. Masih banyak lagi perlu dipelajari dan persediaan utk dilakukan. InsyaAllah, berdua itu lebih baik dari keseorangan. Jangan segan dan takut melakukan kesilapan. Itulah warna-warna kehidupan, agar kita semua lebih menghargai kehidupan, begitu juga dengan perjuangan. Belum tiba masanya untuk mengungkapkan perkataan, "you complete me" - that's where your life start.. Ya Allah, permudahkanlah..
  6. Ramadhan telah pun masuk hari ke-7. Susah benar hendak mengejar on-time satu hari 1 juzuk Quran. Balik kerja dalam keadaan keletihan kerja dan drive sepanjang barisan kereta yang luar biasa panjang, kemudian masak untuk berbuka. Tapi benarlah, dengan kepenatan ini bisa menghapuskan nafsu yang malas. Benarlah kata2 nenek moyang dahulu, musuh itu bukanlah musuh yang nyata, tetapi musuh yang sebenar adalah diri kita sendiri. Benar, diri kita yang bernafsu adalah musuh kita. Moga kita semua berusaha selagi boleh untuk mengekang nafsu diri. Selamat Menyambut Ramadhan semua!!
  7. Last but not least sila klik pada link ini >>>>sila klik<<<<

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Berangan di ptg hari!!

  1. Situasi politik tanah air kini makin rumit. Pening kepala bila baca satu persatu headline surat khabar yang telus mahupun akhbar jenis menghasut. Mmg tak dinafikan, akhbar merupakan salah satu saluran utama untuk menyampaikan berita mahupun hasutan agar tertanam objektif yang ingin disampaikan kepada rakyat. Akhbar merupakan alat doktrinisasi paling efektif dan paling berkesan. Namun kemunculan aliran baru media seperti blog, menyebabkan berlakunya persaingan itu berlaku tetapi hanya kecil sahaja. Akhbar masih lagi menjadi alat utama doktrinisasi umno kepada rakyat. Belum lagi termasuk rangkaian stesen televiyen yang ada di Malaysia, melengkapkan lagi dominasi umno untuk mendoktrinisasi rakyat. Mungkin Pakatan Rakyat harus memikirkan alternatif atau mekanisme yang lebih berkesan untuk meninggikan kadar persaingan agar rakyat lebih tertumpu pada berita berbanding doktrinisasi umno. Andainya Pakatan Rakyat berjaya menghapuskan dominasi media oleh umno, nescaya umno akan terkapai dalam memastikan survivalnya. Sudah berkurang saluran doktrinisasi kepada rakyat.
  2. Memandangkan PAS merupakan sebahagian dari Pakatan Rakyat, sudah sampai masanya untuk PAS menyediakan hitam putih ataupun kertas kerja ke arah perlaksanaan Islam dalam sistem pentadbiran, perundangan dan ekonomi. Malah boleh sahaja PAS menyediakan rujukan berkenaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh dalam Malaysia. Kajian secara ilmiah dan praktikal perlu dinyatakan dalam proposal PAS kepada Pakatan Rakyat dan juga rakyat sendiri. Setiap bahagian dalam pentadbiran, perundangan dan ekonomi perlu diteliti agar perlaksanaan Islam dapat dilaksanakan secara berhemah dan berperingkat agar ianya sesuai dengan keadaan Malaysia yang berbilang kaum. Pemikir2 di dalam PAS perlu berusaha melihat realiti semasa yang berlaku sekarang sebagai kajian. Isu pemusnahan arak, isu babi dan pelbagai isu yang melibatkan pertembungan antara Islam dan bukan Islam harus dikaji untuk mengelakkan sebarang perpecahan dikalangan Pakatan Rakyat. Mungkin saja unit kajian dan penyelidikan ditubuhkan untuk mengkaji isu tersebut agar solusi yang terbaik dapat ditawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan kepada rakyat. Sensitiviti antara Islam dan bukan Islam dapat dijaga dengan baik dan memantapkan lagi hubungan keduanya. Peluang PAS bersama Pakatan Rakyat harus dimanfaatkan kerana Pakatan Rakyat sendiri adalah sasaran dakwah berbanding barisan nasional yang nyata menolak dasar Islam.
  3. He.. saje je menulis.. Rasanya dah ramai orang tulis ttg idea diatas ni. Erm, memikir sentiasa lebih senang berbanding perlaksanaannya. Klu kat kampus, mudah je nak wat. Tapi bile dah kat luar ni, byk cabarannya.. Hu, rindulah plak masa duduk RnD.. tapi dulu apa aku wat ha?? Erm, minat dalam RnD ni masih blum padam lagi sbnrnya, malah rasanya makin byk plak idea yang keluar. InsyaAllah semuanya utk membantu kearah tertegaknya Islam dimalaysia khususnya. Tapi soal paling besar adalah faktor kewangan. Bukan macam kat kampus, kat luar, kewangan adalah sumber utama yang perlu difikirkan. Kerja2 penyelidikan bukan kerja yg jenis short term. Kerja makan masa even kdg2 bleh makan bertahun lamanya. Klu stakat modal 10k nak wat research, xcukup rasanya. The appropriate amount maybe dalam 50k-100k.. Ni base on my calculation, xde pengalaman pun.. Percayalah, Amerika Syarikat byk habiskan duit pada 3mende.. one is on military, second on secret services and third on research and development. The more price you pay, the higher achievement you can made..
  4. Erm, jauh lagi perjalanan. Banyak lagi belum ditimba, kena belajar dan belajar. "Ambo budok baru nok ngaji, klu salah tolong tunjukke deh.."
  5. SMP oi! SMP oi!!.. Kijo byk lagi ni!! Mana bule main2!
  6. Kijo2 tarbiyah ni kijo hati kito nga Allah.. Tok sah main2 wat kijo ni. Hati kene ikhlas, rajin mujahadah. Nok main pun tunggu kat syurga nanti deh, tu pun klu demo masuk syurga.. (Kata2 utk diri) Moga Allah golongkan kita dikalangan hamba yang soleh dan beriman serta hamba yg berjuang pada jalanMu, Ameen!!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP