Monday, March 30, 2009

Kene Tag dgn kak IU (xtahu nama sbnr beliau)..

Apsallah skang ni musim tag.. Asik aku je kene tag.. Yang aku tag kat orang lain, xbuat2 lagi.. Erm.. tapi ni menarik..

**********************

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours

And my wish list goes here:

1. nak iphone 16GB siap unlocked semua aplikasi 3G dll.
2. Laptop 14', 15' or 16' yang compatible utk main game (Graphic Card: Nvidia 9800 gtx)
3. Kereta Honda City model terbaru (2009) type R (klu ada), klu xdpt cukuplah sekadar Honda Civic 2.0.. xkisah mana2 satu, asalkan 1st hand car..
4. Rumah Double Storey (40' x 80') - Siap renovated dapur dan tandas yang besar dan selesa..
4. Sebuah kedai buku sama taraf dengan Kinokuniya, KLCC
5. Dapat ubah sikap, perangai atau attitude buruk dalam diri kepada yg lebih baik..
6. Tanah seluas 1000 ekar pun dah cukup
7. Model 'Transformer' lengkap Autobots dan Decepticon. (klu xdpt, ckuplah kesemua model Gundam Seed dan Gundam Seed Destiny)
8. Pakej perlancongan utk Muslim utk 30 hari ke seluruh Europe. (klu xdpt semua ckuplah france, switzerland dan holland)
9. RM 25,000.00 Cash - utk tujuan perkahwinan (lebih pun xpe, xde masalah)
10. Keberkatan dan rahmat Allah untuk kehidupan diri, keluarga, bakal keluarga dan sahabat2 semua utk hari mendatang sehingga ke dalam Syurga Allah yang abadi, ameen..

10 org yg kene tag:
Muhammad Ridwanto
Khairul Hidayat
Aizat al Melakawi
Azam the Amirrul Mukminin
MissFauzani
Dr. Hidayah - Indon
Dr. Hafizah As Sarawaki
Nurul U'yun - UTM
Aidil MISA
Abi - (klu lah dia nak tulis)

*rasanyer xdenye mereka ini akan reply tag ini.. sobb, sobb!!

**********************************

Read more...

Friday, March 27, 2009

Kene Tag dgn Kak Sana'a, hubbynya n anaknya

TAG MUHASABAH BOIKOT





Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ni bertujuan memastik
an mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan pada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda dan lihat : jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo



Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz, Caltex


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 product yang saya dah boikot :
1.
KFC, McD, PizzaHut – erm, last time makan waktu tengah baru mula nak hot boycott - la ni rasa kempunan nak makan - tapi tak mengidam sgt, kat malaysia byk lg makanan menarik. Owh my cheese cake!!
2. Nokia - Sekarang guna LG Cookie, tp rasa menyesal sebab iPhone dah keluar, tambah lg hs ni byk songeh - rasa mcm nak tukar nokia blk.

3. Estee Lauder products - dulu2 masa zaman mula nak kenal bergaya guna tommy hilfiger n DKNY - byk lg brand yg bagus2 kat MidValley n KLCC, apa barang guna Estee Lauder, mcm brg murahan je - ahahahaha.

4. Kimberly Clark - saya mana pernah pakai barangan perempuan, Kotex ke apa2 - cuma pernah main dengan lipstick mak masa kecik2 dulu, berbirat juga kat kaki - lipstick pada betis jenama rotan bulu ayam, he..

5. Sara Lee - Saya telah bertukar menggunakan minyak rambut, syampu, krim pelebat bulu rambut dari jenama Himalaya - rambut sy byk keguguran.


5 produk yang saya dah cuba boikot :
1.
Colgate - nak try Kodomo Lion plak, ade utk dewasa nye tak?
2. Nike, Celvin Klein - kasut saya sebelum adidas yg ini (dah 3 tahun pakai, nampak baru lg) smuanya Nike - xjmpa lg kasut

3. Maggi - alhamdulillah saya dah tak minat - sbb keguguran rambut
4. Coke & the like - food management - tidak sanggup melihat lemak2 terkumpul dalam badan, ngeri bunyinye.

5. Corn Flakes- Sekarang ni saya dan mak saya try flakes jenama lain, yg ada kacang walnuts bermadu - mmg best jika dicampurkan bersama susu HL - sesuai utk sarapan pagi, tp sayang, saya keluar rumah kul 7pg, tunggu pindah umah je la.. takpun eheheh, ada orang tolong buatkan, ehem.. lalalala.


5 produk yang sukar diboikot :
1. National Geography - saya tak jmpa lagi orang Muslim yang pakar bidang dokumentari lagi..

2.
Nestle (Nescafe/Milo) - kebanyakan terbeli, sengaja beli dan kadang2 orang bagi.. klu pi kedai mana ada orang order vico/ovaltine. bleh je pi Coffee Bean order hot choc, mati skali minum mahu cecah rm10. nak cuba berjinak dgn cadbury - tp skdr niat je la, ahaha. tapi radix tetap best..)
3. 20th Century Fox - Sumber tmpt saya mengasah kepala saya. Sumber inspirasi kanak2 dlm diri saya..
4. Oral-B - tak sangka kak Sanaa pun guna yg ni - lembut dan mententeramkan jiwa ketika gosok..
5. Ntahla - Kebanyakan saya habiskan duit saya utk buku n jenama lain yg kebtulan bkn brand yahudi!

5 Orang Yang Saya Nak Tag :
1. MissFauzani
2. Muhammad Ridwanto
3. Kak I&U (org Jawa di Jerman)
4. Aizat al-Melakawi
5. Azam the Amirrul-Mukminin
jemputan khas utk tag: Mohd Khairul Hidayat (jawap jgn tak jawap..)

Read more...

Thursday, March 26, 2009

Emptiness of Mind - The Power of None (not Now)

Bismillah - Alhamdulillah,

Dah beberapa hari, masih lagi takde idea utk menulis. Spesifiknya, xtahu nak tulis apa2. Tambahan pula minda ini terpaksa menumpukan perkara lebih penting. Rasanya takdelah berbirat kepala sangat. Maklumlah, saya orang yg dangkal ilmunya, tapi hendak cerita perkara-perkara tinggi. Hati lemah tapi akal tinggi, tak compatible. Gurlp!! akal tinggi - Kah, melawak edisi petang. Klu tinggi akalnya, senang aje menghurai perkara sekeliling dengan fikrah Islam. Takut akal ini tinggi tapi tidak diterima Allah - minta dijauhkan..

Kerja; mana pernah putus. Tak perlulah cerita kerja, cerita yg tiada pernah ending, sampai ke Kiamat, tidak pernah putus berkenaan kerja - cuma tertanya/tertunggu sama ada endingnya syurga atau neraka.

Orang kebanyakan suka cerita 'teori', entahkan betul atau tidak. Satu lagi jenis suka cerita teori, kononnya ada pengalaman praktikal/keje, - mcm dah berpuluh tahun, padahal seciput je. Takut gak sbnrnya, bile hati ngata org lain, diri lebih teruk. Apa2 pun, ada sesetengah perkara, lebih baik didiamkan, itu lebih berhikmah. Ye ke?? Ada satu statement yg menarik, "buka mata, buka telinga, mulut diam." .. Slalu gak sy letak dalam YM saya, "so many things in this world, cannot be expressed with words. something cannot be explained, they must be experienced"..

Pelik gak kan, saya sendiri terfikir, kenapa tak letak entry berkenaan politik/siasah, jihad dan seumpamanya.. Baru tadi saya dapat jawapan meyakinkan diri, "dalam blog bukan medannya. Medannya adalah diluar sana. Makin banyak bercakap, makin byk kelemahan, makin banyak berbicara, terserlahlah kebodohan diri." Betul gak ek, wat pe nak cerita perkara yang boleh berubah, baik bercerita perkara yang tetap - aqidah, tarbiyah, dan seumpamanya. Bagus juga blog ini sebagai medan menghidupkan otak kanan. Yang belah kiri ni save for battlefield, tapi kene asah gak. Uhuh.. Dah merepek plak..

Erm, oklah.. Inilah hasil tulisan yang sekadar utk apdet blog.. Kurang kualiti, kurang faedah, banyak mengarut dan kurang masyuknya. Ianya dari hati ke? Mungkin skali dari hatiku, utk hatiku jua.. Susah benor bercakap dgn org jiwa tinggi. Angkat bakul, ehehehe..

Moga Allah beri kekuatan utk terus istiqamah, dihidupkan jiwanya dengan tarbiyah, dikuatkan akal dan badannya dgn jihad dan moga mendapat restu dan keampunan Allah swt.. Juga moga dipercepatkan jodoh, ameen!! He..

p/s: ini bukan posting jiwa yang jiwang - it just happy thought of none

Read more...

Thursday, March 19, 2009

The Morning Shines





“Ya Allah, sesungguhnya waktu dluhaa adalah waktu dluhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”

Read more...

Monday, March 16, 2009

My Heart

Dari pagi tadi hinggalah ke petang, masih terngiang peristiwa kelmarin dan semalam dalam mindaku. Hendak menulis dan memilih tajuk, sampai waktu petang ini masih lagi tidak terpacul.. Mungkin terlalu merindui, barangkali saya merindui sahabat-sahabat semalam. Masih jelas wajah mereka, moga kejelasan itu terpacul ketika doa Rabithah dibaca. Seronok melihat adik2 membesar dengan baik dan mantap dalam konteks amal Islami. Juga harapannya, moga mereka menjadi lebih baik dari diriku, yang banyak jahilnya..

Mata rantai.. teringat pesan seorang sahabat/senior di Melaka yang banyak mengeluarkan statement yang memukul jiwa saya, "kita sememangnya salah satu mata rantai yang menyambung perjuangan, namun kita juga bertanggunggjawab untuk membentuk mata-mata rantai seterusnya, agar keberlangsungan dakwah, tarbiyah dan jihad sentiasa subur dan sentiasa berjalan." Janganlah disebabkan kita, mata-mata rantai tidak dapat dibentuk, dan kerja-kerja amal Islami terjejas, akibat kebodohan diri. Saya begitu segan melihat kader2 baru dalam arena ini kira jiwa mereka amat bersih, walaupun kosong, tapi tersedia dan bersedia untuk diisi dengan perkara2 yang murni dan bersih, sedangkan diri ini, sudah penuh dengan kekaratan dosa. Segan untuk berkongsi, apalah sangat pengalaman ini jika hendak dibandingkan dengan pengalaman orang lain yang begitu banyak. Malu dengan mereka yang baru; merekalah permata sedangkan diri ibarat kaca..

Sepanjang keterlibatan saya dalam amal Islami, ada suatu perkara yang saya sedar. Dalam kita membentuk kader2 baru dalam bidang dakwah, tarbiyah dan jihad; adalah amat penting untuk mengukuhkan perkara asas. Ceritalah perkara ini berkali-kali, ia tetap relevan walaupun semakin berkembangnya perjalanan amal Islami. Pengulangan dan pengukuhan kepada perkara asas dalam amal Islami, sangat banyak membantu memperkembangkan minda dan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh, orang yang baru mengenali amal Islami, apabila membaca Maza Ya'ni karangan Fathi Yakan, akan berbeza kefahaman dengan orang yang telah lama duduk dalam medan yang membacanya. Tiada rugi mengulangi perkara-perkara asas walaupun bertahun. Asas yang kukuh akan memberi manfaat. Bukankah Allah akan beri kefahaman kepada hamba-hambaNya yang disukai akan urusan agamaNya... Sekadar renungan buat diriku..

Apabila kita menceritakan mengenai perkara-perkara yang bersifat advance dalam amal islami, terlebih dahulu perlu dibaca dahulu siapakah yang orang perlu disampaikan. Pembacaan kepada tahap pengalaman dan kefahaman mereka perlu dibuat, agar kita tidak memberi kuah, lebih dari mangkuk pengalaman mereka. Teramatlah bahaya andaikata kita memberi sesuatu tidak mengikut tahap pengalaman dan kefahaman mereka; berkemungkinan besar, mereka akan menjadi celaru, fikrah mungkin tergugat, malah, mereka berpotensi untuk terpesong dari landasan yang betul dalam amal Islami. Sebab itulah perlu berhati2 ketika berbicara, dan perlu melihat kepada siapa kita berkata. Penyampaian berhikmah bukan sekadar methodologi, tetapi juga pengisian. Janganlah begitu seronok bercakap semuanya, kita akan menzalimi hak mereka dalam menjadi mata-mata rantaian yang seterusnya. Bukan sekadar menzalimi, kita mampu merosakkan masa depan mereka.. Bersabarlah, akan sampai masa, mereka bersedia untuk seterusnya.

Walaubagaimana pun, setiap itu akan kembali kepada diri. Allah akan dan sentiasa menguji setiap percakapan kita. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam pembentukan fardhi Muslim. Bahayanya kerja-kerja ini, mampu memberi bekas kepada jiwa. Jika putih yang diniatkan, maka putih jua hasilnya. Andai putih itu diniatkan, tetap juga putih bila diuji oleh Allah. Moga diri sentiasa istiqamah, walaupun banyak kekurangan, walaupun jauh perjalanan, walaupun banyak ketidak-tentuan yang ada didepan.

Moga adik-adik cepat matang, bersabar, dan jangan mudah berpaling dalam jalan ini. "Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang ingin berjuang, biar sampai ke hujung jalan." Terima kasih kerana memberi jiwa ini satu kepuasan dan ketenangan.

*************






p/s: Trima kasih juga utk Dayat dan Atika berserta sahabat2nya.. Halalkan roti tu ye..

Read more...

Thursday, March 12, 2009

Refreshment


Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -


Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,


(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


[al-Insyirahh: 1-8]



Read more...

Kill Your Darling!!

Dalam penulisan, sering terjadi sesuatu frasa yang kita anggap paling indah, bernas dan hebat sebenarnya tidak sebegitu dalam realitinya. Walaupun selalu diingatkan supaya kita melakukan “self editing” tetapi frasa yang kononnya sangat indah itu tidak akan kita buang. Munasabahkan kita membuang sesuatu yang kita sayang?

Justeru, kita perlukan orang lain menyunting tulisan kita. Dan hanya pada ketika itu sahaja frasa “kesayangan” kita dipotong atau diperbaiki. Kill your darling, itu istilah yang selalu digunakan dalam bidang penulisan. Hasilnya, hasil tulisan kita akan menjadi lebih baik, bernas dan tepat.

Teman, kekadang kehidupan seperti itu juga. Sentiasa ada individu, sikap, pendirian atau pandangan hidup yang kita anggap benar tetapi hakikatnya tidak. Walaupun kita cuba bermuhasabah, ia tidak akan kelihatan juga sebab ia sudah terlalu dekat dengan diri kita. Cuba dekatkan sedekat-dekatnya tapak tangan kita ke mata sendiri. Semakin dekat, semakin kecil radius penglihatan kita dan ia menjadi semakin kabur. Maka begitulah sikap, pandangan dan individu yang terlalu hampir dengan kita… kekadang sudah terlalu hampir hingga kita menjadi “buta” untuk melihatnya.

Boleh jadi dia seorang teman yang rapat. Tetapi dia hakikatnya dia adalah musuh mu yang ketat. Tetapi oleh sebab terlalu sayang, onarnya kabur di mata kita. Mungkin kerana pandainya dia melayani perasaan dan impian kita, lalu kita letakkan seluruh kepercayaan, padahal dia sedang bersiap sedia mengkhianati kita.

Mungkin ia sebuah buku, yang kita kelek ke sana ke mari. Kita baca berulang kali, lalu pengarangnya kita sanjung dan junjung. Namun hakikatnya, buku itu jauh dari hidayah, tersasar dari taufik Allah. Sedangkan bertahun-tahun kita sudah berhujah, membuat keputusan dan bertindak atas suluhan buku yang kabur itu.

Mungkin juga dia sebuah organisasi atau syarikat yang kita anggap payung dan pelindung, tetapi sebenarnya ia adalah penyekat karier dan kerjaya kita untuk pergi lebih jauh. Kita sangkakan ia pelindung dari hujan dan mentari, tetapi rupa-rupanya tidak… ia adalah hijab fikiran dan minda kita untuk melihat horizon peluang dan ruang yang lebih luas dan dalam.

Ah, boleh jadi ia satu amalan, yang kita anggap sangat menyelamatkan. Mungkin juga satu gelar kesolehan, “status ibadah” atau status sosial yang begitu menenteramkan, melegakan, namun tanpa disedari itulah terowong bagi ujub, riyak dan sum’ah mencelah. Rasa baik, tenteram dan aman yang “dihadiahkan” oleh amal dan gelar itu rupa-rupanya membawa kita ke daerah “rasa tidak atau kurang berdosa” - satu jurang yang paling ditakuti oleh para solihin dan mukminin.

Cari-carilah di mana kecintaan mu yang mungkin membutakan mata hati mu. Belajar dari kesah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan menyembelih kecintaannya Nabi Ismail AS - seorang anak yang soleh, taat dan setia manakan mungkin menjadi hijab cintanya kepada yang Esa? Namun, Allah menguji Nabi Ibrahim AS, agar mengutamakan cinta Allah daripada yang lain. Siapa sangka Ibrahim yang pernah tega “menyembelih” kebencian pada wajah ratusan berhala, kemudian di perintahkan menyembelih “kecintaan” di wajah anaknya sendiri?

Teman, aku seperti kamu. Kerap dibutakan oleh cinta. Siapakah “Ismail-Ismail” dalam hidup kita? Carilah semua itu di sebalik pendirian, prinsip, gelaran, jawatan, amal, isteri, teman dan segala yang menjadi kesayangan mu. “Sunting” tulisan hidup mu dengan imbasan dan suluhan doa. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti Ibrahim AS… “Kill your darling” dalam kehidupan!

Sering kita alpa, bahawa yang paling kita cinta itulah kerap menjadi hijab untuk mendapat CINTA. Bukan untuk menimbulkan dikotomi (pertentangan) apalagi dilema) antara cinta manusia dengan cinta Allah… tetapi selalunya begitulah kita teruji. Lepaskanlah cinta yang kecil untuk mendapat cinta yang lebih besar. Apabila kita mendapat cinta yang besar, cinta yang kecil akan menyerah dengan rela.

Apakah nabi Ibrahim AS kehilangan Ismail yang rela dikorbankannya? Tidak, bila dia “melepaskan” Ismail, Ismail kekal menjadi anak yang dincintainya. Malah dia dikurniakan seekor kibasy yang gemuk sebagai hadiah dan barakah kesediaannya mengorbankan Ismail AS. Allah mengajar kita supaya “kill your darling” bukan untuk mendera, tetapi begitulah yang dinamakan cinta… sentiasa menagih ujian.

Selepas diuji layaklah seorang hamba Allah mendapat cinta dan CINTA (sekaligus) kerana berjaya “mengorbankan” cinta demi CINTA!

p/s: diambil dari blog gentarasa. Artikel yang sangat bagus, sangat membunuh diri yang alpa dan lalai..

Read more...

Tuesday, March 10, 2009

Monolog - Edisi melawak

Ya Allah, tidak pula aku mampu meluahkan apa yang terbuku di dalam. Hanya mampu menadah memohon diberikan lagi kesabaran dan kesungguhan. Bukan senang menahan kesabaran di usia berdarah panas/muda. Kalau boleh semuanya ingin cepat, instant, mudah dan segera. Tapi kehidupan itu tidak direka sedemikian, sebaliknya penuh dengan ujian, mehnah serta tribulasi.

Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, terasa makin kuat pula provokasi. Bermula dari soal pemilihan sehinggalah penantian. Erm, aku terpaksa akui, semalam merupakan hari yang klimaks, menyaksikan secara langsung, sahabat yang telah pergi meninggalkan kami. Terbakar, namun kesabaran itu jua menjadi peneman. Senang berkata dibibir, namun pahit ditelan ketika diamalkan.

Orang kata aku sengaja mencari susah. Entahlah, aku sendiri tidak pasti, namun itu semestinya, aku memang tengah menghadapi waktu sukar. 'Gagak hitam, yang punyai jalur putih dibawah sayap', aku terkedu, istilah yang digunakan. Adakah aku ini sengaja mencari susah??

Jika ditanya mengapa aku sengaja mencari susah? Ikhlasnya aku tak mampu menjawab. Takut juga alasan ku diketawakan ramai. Aku tidak suka menceritakannya, cukuplah aku pendamkan. Tiba masanya, akan aku beritahu. Allah akan menguji setiap apa yang dia katakan. Ya Allah, berikan daku kekuatan. Cukuplah Allah yang mengetahui; mudahkanlah..

Tidak tahu apa yang ingin dikatakan lagi. Moga Allah permudahkan..

Read more...

Huru-hara

Tiada perkataan yang mampu terungkap, ketika melihat suasana politik di Malaysia. Bersangatanlah akan ia keserabutan, kekalutan dan kepeningan melanda dalam benak. Akal yang waras pasti terasa senak, ketenangan hati akan dimamah keresahan. Dengan isu di Perak, dengan isu PPSMI, dan pelbagai isu lagi yang makin disebut, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui berkecamuknya hati dan perasaan - emo!!

Tak puas dengan landskap politik Malaysia yang terasa bahang pertempuran haq dan batil, turut dipanaskan dengan kecamukan fikrah perjuangan Islam, yang tidak tahu membezakan antara hati dan akal. Hati yang lemah dengan tarbiyyah, dipacu dengan akal yang tidak terarah. Akal terlalu jauh kehadapan sedangkan hati belum mampu menanggung kesan akal yang terlalu jauh. Lantas kecamuklah para pejuang Islam, ada yang menerima bulat2, ada yang menolak mentah, dan ada juga yang pandai menapis mengikut keperluan. Semuanya bergantung pada persepsi dan pengalaman. "Kejahilan lama vs. Kejahilan moden"

Sombongkah? Atau hebatkah? Mata yang celik, ditayangkan lagi, mata yang tertutup, dibayangkan lagi.

Darah muda, sekelip mata boleh menjadi hebat, sekejap menjadi hebat, boleh dibentuk menjadi hebat, malah boleh dirancang menjadi hebat. Kerana 'dia' adalah Raja, Raja yang akan dituruti kehendaknya. Bila gelap tanpa cahaya tarbiyyah, inilah namanya rosak. Bile terang disuluh iman dan taqwa, maka tenanglah jiwa, tenanglah semuanya. Kerja-kerja roh, mampu menarik roh-roh yang lain. Dan kerja-kerja hati, akan mampu menarik hati-hati yang lain, untuk lebih dekat kepada Allah.

Orang tua, sifatnya jumud, sifatnya ortodoks. Ada setengahnya begitu, namun setengahnya bukan. Hati, akal yang kabur; semuanya sama sahaja; tafsiran yang kabur, tidak pula tahu sama ada jahil atau kabur.. Orang tua yang setengahnya bukan, jiwa mereka matang, bukanlah maksud jumud. Merekalah terlebih makan asam, gula, garam dan ubat dalam 'kehidupan'.

Erm, pandailah plak aku menulis, namun aku pun tak tahu nak wat apa. Moga Allah ber hidayah dan taufiq pada diriku, dan sahabat2 lain agar diberi keampunan, rahmat dan keredhaan Allah sepanjang hidup di dunia dan diakhirat, berada dalam kelompok yang memperjuangkan Islam dan istiqamah dengannya sehinggalah kami menemui syahid.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
[al-Maidah: 51 - 56]

Read more...

Wednesday, March 4, 2009

Evolving Self?

Preoccupied with a single leaf,
You won't see the tree.
Preoccupied with a single tree,
You'll miss the entire forest.

Don't preoccupied with a single spot.
See everything in its entirety..
..effortlessly
That is what it means..
To truly 'see'.

Alhamdulillah, ada rasa sedikit perubahan hari ini. Alhamdulillah, pening2 sudah lagi tidak rasa sangat berbanding semalam dan kelmarin. Moga Allah mengampuni dosa2 yang terlekat pada hati.

Semalam masih sempat memikirkan kerja-kerja walaupun sibuk mengambil masa untuk berehat. Erm, barangkali diri masih mentah dengan dunia jamaah , dunia kerjaya dan dunia kehidupan selepas grad. Walaupun 9 bulan sudah grad, sudah terima gaji ke sembilan, masih lagi terasa diri masih bertatih dengan kehidupan.

Kasihan melihat pada sahabatku yang sorang itu, Dayat.. Erm, insyaAllah ana cuba bantu yang terbaik. Bukan senang nak buat kerja2 yang baik, dan bukan senang untuk memudahkan perjalanan 'kerja-kerja' orang lain. Sebelum kita pergi ke linkungan luar, perlulah menilai prestasi dalaman masing2.. Kerja roh hanya mampu menarik roh lain, kerja hati hanya mampu menarik hati lain. Kita kena bersihkan roh, hati, akal dan nafsu sebelum kita menjangkau ke daerah yang lain. Kita yang banyak ter'nampak' orang lain, perlulah mengambil iktibar, dan sama-sama menjauhi apa yang buruk. Entahlah, nampak ana sangat obses dengan kerja-kerja ini. Barangkali sebab terlalu sangat ikut menyertai dan menemani ke program2 sebegini.. Maaflah dayat, kerja-kerja ni, adalah jalan untuk ke syurga. Bak kata Wak pada ana"enta nak masuk syurga atau tak nak?" Eh Dayat, kita juga kena kuat, he...

Erm, saje je nak menulis, hujung minggu ni skali lagi off dari Selangor.. Tak nak ulas panjang2 perkara yang berlaku sekarang.. Cukuplah kata2 di atas skali sebagai renungan, walaupun bukan dari al-Quran mahupun hadith.. Wallahua'lam..

Kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepada fikrah yang murni.. Erm, kembali sambung keje kat office (uwaa!!)

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP