Monday, March 16, 2009

My Heart

Dari pagi tadi hinggalah ke petang, masih terngiang peristiwa kelmarin dan semalam dalam mindaku. Hendak menulis dan memilih tajuk, sampai waktu petang ini masih lagi tidak terpacul.. Mungkin terlalu merindui, barangkali saya merindui sahabat-sahabat semalam. Masih jelas wajah mereka, moga kejelasan itu terpacul ketika doa Rabithah dibaca. Seronok melihat adik2 membesar dengan baik dan mantap dalam konteks amal Islami. Juga harapannya, moga mereka menjadi lebih baik dari diriku, yang banyak jahilnya..

Mata rantai.. teringat pesan seorang sahabat/senior di Melaka yang banyak mengeluarkan statement yang memukul jiwa saya, "kita sememangnya salah satu mata rantai yang menyambung perjuangan, namun kita juga bertanggunggjawab untuk membentuk mata-mata rantai seterusnya, agar keberlangsungan dakwah, tarbiyah dan jihad sentiasa subur dan sentiasa berjalan." Janganlah disebabkan kita, mata-mata rantai tidak dapat dibentuk, dan kerja-kerja amal Islami terjejas, akibat kebodohan diri. Saya begitu segan melihat kader2 baru dalam arena ini kira jiwa mereka amat bersih, walaupun kosong, tapi tersedia dan bersedia untuk diisi dengan perkara2 yang murni dan bersih, sedangkan diri ini, sudah penuh dengan kekaratan dosa. Segan untuk berkongsi, apalah sangat pengalaman ini jika hendak dibandingkan dengan pengalaman orang lain yang begitu banyak. Malu dengan mereka yang baru; merekalah permata sedangkan diri ibarat kaca..

Sepanjang keterlibatan saya dalam amal Islami, ada suatu perkara yang saya sedar. Dalam kita membentuk kader2 baru dalam bidang dakwah, tarbiyah dan jihad; adalah amat penting untuk mengukuhkan perkara asas. Ceritalah perkara ini berkali-kali, ia tetap relevan walaupun semakin berkembangnya perjalanan amal Islami. Pengulangan dan pengukuhan kepada perkara asas dalam amal Islami, sangat banyak membantu memperkembangkan minda dan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh, orang yang baru mengenali amal Islami, apabila membaca Maza Ya'ni karangan Fathi Yakan, akan berbeza kefahaman dengan orang yang telah lama duduk dalam medan yang membacanya. Tiada rugi mengulangi perkara-perkara asas walaupun bertahun. Asas yang kukuh akan memberi manfaat. Bukankah Allah akan beri kefahaman kepada hamba-hambaNya yang disukai akan urusan agamaNya... Sekadar renungan buat diriku..

Apabila kita menceritakan mengenai perkara-perkara yang bersifat advance dalam amal islami, terlebih dahulu perlu dibaca dahulu siapakah yang orang perlu disampaikan. Pembacaan kepada tahap pengalaman dan kefahaman mereka perlu dibuat, agar kita tidak memberi kuah, lebih dari mangkuk pengalaman mereka. Teramatlah bahaya andaikata kita memberi sesuatu tidak mengikut tahap pengalaman dan kefahaman mereka; berkemungkinan besar, mereka akan menjadi celaru, fikrah mungkin tergugat, malah, mereka berpotensi untuk terpesong dari landasan yang betul dalam amal Islami. Sebab itulah perlu berhati2 ketika berbicara, dan perlu melihat kepada siapa kita berkata. Penyampaian berhikmah bukan sekadar methodologi, tetapi juga pengisian. Janganlah begitu seronok bercakap semuanya, kita akan menzalimi hak mereka dalam menjadi mata-mata rantaian yang seterusnya. Bukan sekadar menzalimi, kita mampu merosakkan masa depan mereka.. Bersabarlah, akan sampai masa, mereka bersedia untuk seterusnya.

Walaubagaimana pun, setiap itu akan kembali kepada diri. Allah akan dan sentiasa menguji setiap percakapan kita. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang terlibat dalam pembentukan fardhi Muslim. Bahayanya kerja-kerja ini, mampu memberi bekas kepada jiwa. Jika putih yang diniatkan, maka putih jua hasilnya. Andai putih itu diniatkan, tetap juga putih bila diuji oleh Allah. Moga diri sentiasa istiqamah, walaupun banyak kekurangan, walaupun jauh perjalanan, walaupun banyak ketidak-tentuan yang ada didepan.

Moga adik-adik cepat matang, bersabar, dan jangan mudah berpaling dalam jalan ini. "Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang ingin berjuang, biar sampai ke hujung jalan." Terima kasih kerana memberi jiwa ini satu kepuasan dan ketenangan.

*************






p/s: Trima kasih juga utk Dayat dan Atika berserta sahabat2nya.. Halalkan roti tu ye..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP