Tuesday, March 10, 2009

Huru-hara

Tiada perkataan yang mampu terungkap, ketika melihat suasana politik di Malaysia. Bersangatanlah akan ia keserabutan, kekalutan dan kepeningan melanda dalam benak. Akal yang waras pasti terasa senak, ketenangan hati akan dimamah keresahan. Dengan isu di Perak, dengan isu PPSMI, dan pelbagai isu lagi yang makin disebut, hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui berkecamuknya hati dan perasaan - emo!!

Tak puas dengan landskap politik Malaysia yang terasa bahang pertempuran haq dan batil, turut dipanaskan dengan kecamukan fikrah perjuangan Islam, yang tidak tahu membezakan antara hati dan akal. Hati yang lemah dengan tarbiyyah, dipacu dengan akal yang tidak terarah. Akal terlalu jauh kehadapan sedangkan hati belum mampu menanggung kesan akal yang terlalu jauh. Lantas kecamuklah para pejuang Islam, ada yang menerima bulat2, ada yang menolak mentah, dan ada juga yang pandai menapis mengikut keperluan. Semuanya bergantung pada persepsi dan pengalaman. "Kejahilan lama vs. Kejahilan moden"

Sombongkah? Atau hebatkah? Mata yang celik, ditayangkan lagi, mata yang tertutup, dibayangkan lagi.

Darah muda, sekelip mata boleh menjadi hebat, sekejap menjadi hebat, boleh dibentuk menjadi hebat, malah boleh dirancang menjadi hebat. Kerana 'dia' adalah Raja, Raja yang akan dituruti kehendaknya. Bila gelap tanpa cahaya tarbiyyah, inilah namanya rosak. Bile terang disuluh iman dan taqwa, maka tenanglah jiwa, tenanglah semuanya. Kerja-kerja roh, mampu menarik roh-roh yang lain. Dan kerja-kerja hati, akan mampu menarik hati-hati yang lain, untuk lebih dekat kepada Allah.

Orang tua, sifatnya jumud, sifatnya ortodoks. Ada setengahnya begitu, namun setengahnya bukan. Hati, akal yang kabur; semuanya sama sahaja; tafsiran yang kabur, tidak pula tahu sama ada jahil atau kabur.. Orang tua yang setengahnya bukan, jiwa mereka matang, bukanlah maksud jumud. Merekalah terlebih makan asam, gula, garam dan ubat dalam 'kehidupan'.

Erm, pandailah plak aku menulis, namun aku pun tak tahu nak wat apa. Moga Allah ber hidayah dan taufiq pada diriku, dan sahabat2 lain agar diberi keampunan, rahmat dan keredhaan Allah sepanjang hidup di dunia dan diakhirat, berada dalam kelompok yang memperjuangkan Islam dan istiqamah dengannya sehinggalah kami menemui syahid.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
[al-Maidah: 51 - 56]

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP