Friday, August 28, 2009

Ramadhan Kareem...



  1. It's been awhile I've yet to write something on my small blog.. Alhamdulillah, moga Allah berikan kekuatan untuk menulis suatu yang baik, meskipun sedikit, harapnya ianya bermakna buat diriku sendiri.
  2. Erm, sejak beberapa hari, saya terpaksa akui, saya agak hypersensitif terhadap perkembangan semasa diMalaysia. Erm, tak perlu saya ulas disini. Malas pula rasanya hendak memikirkannya, saya lebih interest dalam perlaksanaan, bukan idea, bukan idealisme, bukan statement yg tiada tindakan.. Walaupun begitu, tapi saya bukan totally menolak segala bentuk teori2 dan perbincangan bersifat akademik. Gambaran menyeluruh perlu ada dari kajian samada berbentuk statistik atau pemerhatian, ilmiah dan lain2 proses yang terlibat. Bila ada gambaran menyeluruh, barulah kita bleh nampak view yang sepatutnya, bukannya gambaran yang dipropaganda oleh pihak kafir dan munafik. Moga kita semua dapat buat pertimbangan yang sewajarnya.
  3. Apa overview yang dimaksudkan? Overview itu adalah pada Islam itu sendiri. Sejauh mana pandangan kita terhadap kehidupan kita sendiri (aqidah, fiqh dan tasawwuf), itulah juga akan mempengaruhi kehidupan kita. Hendak membentuk kehidupan sendiri, perlulah faham akan overview diri terhadap kehidupan. Andai itu tidak dapat dikenal pasti, apakah yang anda cuba capai dengan kehidupan anda? Disinilah datangnya pekerja-pekerja yang diberi gelaran jundullah, daie, mujahid dan lain-lain untuk memberi kefahaman kepada manusia apakah overview mereka tentang kehidupan lantas menggerakkan mereka supaya lebih dekat kepadaNya. Mungkin ia kelihatan seperti doktrinisasi tetapi itulah asas kepada pekerjaan mereka yang diberi nama dakwah.
  4. Hendak membentuk kepada para pekerja dakwah (daie) itu bukan kerja yang mudah. Ianya adalah persoalan yang kompleks yang sukar hendak dihurai satu persatu. Ia adalah kompleks kerana kerja-kerja ini yang melibatkan usaha yang betul dan bantuan dari Allah swt. Dua aspek ini sangat penting dan perlu diseimbangkan (wasatiah) kerana ia memisahkan ahli sunnah wal jamaah dari jabariyah dan qadariyah. Wasatiah tidak bermaksud 50-50 tetapi ianya berubah mengikut keadaan sesuatu perkara. Untuk menafsir keadaan itu dengan baik datangnya dari pengalaman hidup. Jadi, hiduplah semaksima yang mungkin dengan kehidupan kamu, bak kata pujangga, 'Live life to the fullest'..
  5. Bulan ini dan bulan depan ada 3 majlis pernikahan. Pertamanya Hasnor G6 the coolest guy, kak Irni the witch dan abg Miji the.. er, xde nickname nak beri. Tahniah buat kalian yang bakal menempuh kehidupan yang sebenar. Teringat pula kata2 abi utk saya, xpelah saya pendamkan sahaja. InsyaAllah doakanlah moga dipermudahkan untuk saya. Masih banyak lagi perlu dipelajari dan persediaan utk dilakukan. InsyaAllah, berdua itu lebih baik dari keseorangan. Jangan segan dan takut melakukan kesilapan. Itulah warna-warna kehidupan, agar kita semua lebih menghargai kehidupan, begitu juga dengan perjuangan. Belum tiba masanya untuk mengungkapkan perkataan, "you complete me" - that's where your life start.. Ya Allah, permudahkanlah..
  6. Ramadhan telah pun masuk hari ke-7. Susah benar hendak mengejar on-time satu hari 1 juzuk Quran. Balik kerja dalam keadaan keletihan kerja dan drive sepanjang barisan kereta yang luar biasa panjang, kemudian masak untuk berbuka. Tapi benarlah, dengan kepenatan ini bisa menghapuskan nafsu yang malas. Benarlah kata2 nenek moyang dahulu, musuh itu bukanlah musuh yang nyata, tetapi musuh yang sebenar adalah diri kita sendiri. Benar, diri kita yang bernafsu adalah musuh kita. Moga kita semua berusaha selagi boleh untuk mengekang nafsu diri. Selamat Menyambut Ramadhan semua!!
  7. Last but not least sila klik pada link ini >>>>sila klik<<<<

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP