Friday, February 27, 2009

Antara 2 Cinta


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

5 comments:

Mohd Khairul Hidayat Berahim Friday, February 27, 2009 9:17:00 PM  

Wah..fity bernasyid pulak..ermm,angin perubahan nampak

Mohd Khairul Hidayat Berahim Friday, February 27, 2009 9:19:00 PM  

Wah fity...bernasyid pulak dah..angin perubahan nampak..he..he...

gatekeeper Monday, March 02, 2009 8:41:00 AM  

wah dayat.. nta perli ana ke? erm, jiwa manusia itu fitrahnya suka kepada ketenangan. apa salahnya sekali sekala bernasyid, tahulah ana jarang dengar nasyid. chit, apadah..

nta bile lagi nak bernasyid???

LegendZ Wednesday, March 04, 2009 12:37:00 AM  

antara 2 cinta..
lagu ni mmg best..

~kafalifmim~ Wednesday, March 04, 2009 9:16:00 AM  

salam ziarah..
harap2 betullah blog ni akan terus mewarnai persada blog tanah air.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP