Wednesday, April 1, 2009

Teori vs. Reality

Alhamdulillah, ucapan yang tiada taranya. Puji makhluk kepada makhluk, tidak valid selamanya. Hakikatnya puji itu kembali kepada Allah, kerana Dialah Sang Pencipta yang menjadikan makhluk. Puji makhluk kepada Allah, dikira sebagai doa dan moga kita mendapat perhatian dariNya. Hebatkan..

Erm, tidak banyak yang ingin dikisahkan. Cumanya hidup ini makin banyak perkara yang perlu dibuat. Makin dekat dgn ajal, makin bertambah tanggungjawab. Tak sanggup melihat diri bersenang2 dirumah, ketika perjuangan masih belum selesai, masih banyak lagi yang tidak diterokai, masih banyak yang perlu diberi perhatian. Tak mampu nak beri 100% perhatian, melainkan kita sendiri yang membiasakan diri sehingga terbiasa dengan 100%. 100% tumpuan kepada amal Islami, sudah tentu melibatkan soal perjuangan, dakwah, tarbiyah, jihad, keluarga, sahabat, dll dalam aspek kehidupan sbg pejuang. Saya mestilah muslim dari sudut kehidupan seharian saya. Malah saya mesti berusaha menjadi mukmin , seorang muttaqin dan seorang daie yang mujahid. Berkata lebih mudah, jika muhasabah, jauh panggang dari api..

**************************

Rasanya telah sampai masa utk berpindah. Perancangan yang lama telah dibuat, cuma menunggu peluang dan masa yang sesuai. InsyaAllah, hijrah ini memudahkan diri lebih berdikari, lebih matang, dan lebih mudah melibatkan diri dalam amal Islami. Moga Allah permudahkan.. Lepas ni, xdelah nak ngadu banyak habis duit pada petrol, sbb rumah dah dekat dgn tmpt keje, dekat dgn KL dll..

Banyak lagi yg perlu diberi perhatian.

Kereta, sekarang dalam proses pertimbangan sama ada mengekalkan kereta lama, or nak amik kereta baru at the end of this year, or early next year. Mungkin mudah utk kita kata guna je keta lama, selagi bleh jimat, jimatlah dulu.. Mungkin juga utk kita mudah je kata amik je keta baru, dari membazir nak betulkan kereta lama. Disinilah ujiannya, mempertimbangkan sesuatu keputusan dengan waras..

Loan, sekarang masanya untuk memikirkan side income. Makan gaji tidak membawa apa2 secure atau perubahan dari segi financial matters. Investment or business is good thing to start. Kene ingat bahawa saya bukan Doktor or Engineer.. Money is not forever, but without money, perjuangan tidak dapat dilaksanakan..

Tanggungjawab, mungkin saya mula perlu fikirkan seriously dimana saya ingin landing dalam perjuangan. Free lance adalah option yg bagus, namun tak semua akan bersetuju, dan juga support kena kuat. Kadang2 realiti memerlukan perhatian yang spesifik untuk sesuatu kerja.

Apa yg penting adalah:

You must know what to do,
You must know how to do,
You must do what the thing you must do;
and you must do the thing at the right time, the right place and the right moment.

Tak heranlah hidup ini satu ujian. The survival of the fittest - only the smart, strong and dare will win..

2 comments:

LegendZ Sunday, April 05, 2009 6:30:00 PM  

rumah dh ada..kete dh ada...apa lg x ada..adaa...zaujah je belom ada..ahaha

gatekeeper Wednesday, April 08, 2009 4:56:00 PM  

sedap gelak kan org nampak.. erm, ada jodoh, sampailah jugak masa tu.. susahlah klu semua nak cepat.. sabar2 skit..

aih, dah berani tanya zaujah ana.. ni ada gaya nak langkah bendul.. bile langsung? jgn nyorok2 plak.. gambar seblah nampak cam kesepian.. nge nge nge...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP