Monday, April 6, 2009

Penat sedikit - hanya di dunia sahaja..

Alhamdulillah, segala pujian ku serahkan kepada Allah Taala. Dialah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap makhlukNya.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa untuk posting kali ni. Jam dah pun pukul 1.15pagi, mata dan badan keletihan setelah pulang dari medan, namun hati tak mahu tidur lagi. Lantaslah menaip sesuatu, bagi meredakan keresahan fikiran yang ingin juga menulis sesuatu.. Moga akal dan hati ini hidup dengan cahaya taqwa dan keimanan kepada Allah.

Suatu lagi pengalaman yang baru, memandu keseorangan jam 4.00pg dari utara mengejar waktu kerja kul 8.30pg di Shah Alam. 120-130km/j, mengalahkan kebanyakan kereta. Selepas kerja, bergegas pula ke Johor.. Sengaja mencari susah.

Mungkin kali ini, lebih mengingatkan diri tentang kedudukan diri dalam perjuangan. Masa depan sesuatu yang sukar dijangka, risau sebenarnya kalau memikirkan secara serious. Manusia walau hebat mana sekalipun, tidak dapat menjangkakan masahadapan. Namun hebatnya manusia kerana ianya makhluk yang mudah beradaptasi dengan situasi dan suasana sekeliling. Usahalah sedaya mampu, doalah dengan penuh harapan dan serahkanlah kesudahan itu kepada Allah Taala.

Apabila menyebut keterlibatan diri dalam Jamaah, sebenarnya saya sendiri masih tidak berpuas hati dengan performance diri. Susah bagi diri ini melihat diri sendiri berpuas hati, mana mungkin.. Jauh sekali saya ingin melihat diri sendiri hebat. Banyak lagi kerja-kerja yang belum selesai dan ada lagi kerja yang belum diterokai. Erm, banyak kali saya bercakap tapi itulah, tiada perkembangan yang membanggakan. Mungkin saya perlu lebih bersabar dengan proses tarbiyah yang bersifat memakan masa. Perubahan menuntut masa yang panjang, bukan angan-angan dalam sekelip mata.

Dalam kepenatan badan, masih tidak serik untuk berjuang dari mendapat rehat. Alhamdulillah, biarlah saya dapat melawan nafsu bermalasan saya. Andaikata seseorang itu bergelumang dalam amal Islami, biarlah 10 tahun kepenatan, menunggu, proses itu mengambil masa, ataupun sepanjang hidup saya di dunia sekalipun, saya perlu tetap dengan pendirian iaitu untuk tetapmistiqamah bersama dalam amal Islami.

InsyaAllah, saya tidak akan lari dengan kelemahan saya. Saya akan akui kelemahan saya dan saya cuba memperbaikinya. Saya tidak mahu melihat trauma lepas, tetapi saya akan melihat harapan di masa hadapan. Itu lebih meyakinkan, lebih memberi minda positif. Apabila akal melihat sesuatu itu buruk, maka buruklah juga kesudahan. Jangan biarkan sifat negatif saya itu mempengaruhi pemikiran saya. Masih ada berjuta tan harapan dan kesudahan yang indah - buat apa fikir yang buruk!!!

Last but not least - Saya mestilah muslim dari segi sikap, akhlak dan attitude saya, ameen!!

3 comments:

Anonymous,  Tuesday, April 07, 2009 2:15:00 AM  

salam..

just nak kongsi..

" Tak semestinya orang yg mempunyai kisah silam yg kelam tak akan mampu mempunyai masa depan yang cerah.. dan xsemestinya orang yang bjaya gemilang pada hari ini tak akan kecundang.. "

slamat bmujahadah !!

gatekeeper Tuesday, April 07, 2009 8:46:00 AM  

salam kembali.

thanks sbb sudi mai blog buruk ni. malas nak hias lawa2..

thanks a lot, sbb berkongsi 'valuable' nasihat. apa2 pun bukalah mata hati, fikiran dan diri terhadap kehidupan. tapi semua ini adalah utk kehidupan akhirat yang abadi.

iu rf Tuesday, April 07, 2009 2:58:00 PM  

buruk ke blog ni.. npk lawa ajee.. hehehe..

caiyok2....!!

good luck!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP