Monday, February 23, 2009

Jiwa yang sejahtera

Bismillah - Alhamdulillah,

Hari ni hari untuk berehat seketika. Masih lagi berada di Kuching, Sarawak. Flight pulang ke Semenanjung pada waktu tengahari nanti. Mengambil kesempatan berehat-rehat pada waktu pagi, sebelum pulang. Tidak pula mahu berjalan-jalan ke bandar Kuching. Cukuplah beberapa hari sebelum ini, sudah banyak berjalan dan berprogram di sana-sini. Penat woo!!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga gambaran suasana Sarawak yang selama ini agak sedikit misteri, kerana hanya dengar dari buah mulut orang lain, tidak pula merasainya sendiri. Sangat terbuka mataku apabila melihat suasana dan keadaan disini. Rasa begitu terbakar hati ini, kerja-kerja amal Islami itu terlalu banyak dan luas disini. Terlalu banyak ruang disini. Hampir-hampir sahaja aku ingin merancang untuk berkhidmat disini, namun aku telahpun punyai perancangan sendiri. InsyaAllah, ada masa nanti, akan duduk juga disana. Manusia merancang, Allah juga merancang. Tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah swt. InsyaAllah, akan aku bawa keterujaan, semangat, kesedaran balik ke semenanjung. Sebagai pemangkin supaya diri lebih bersungguh dalam melaksanakan amal Islami.

Tahniah sahabat-sahabat yang berada disini. Jalan ke syurga buat sahabat-sahabat terlalu luas dan terlalu banyak. Yakinlah, antum antunna semua lebih beruntung dari kami di semenanjung. Barulah saya nampak apa sebenarnya perkara yang tiada di semenanjung, tetapi ianya ada disini. Kalian akan lebih cepat matang dan berkembang dari segi pengalaman gerak kerja amal Islami

Alhamdulillah, sempat juga bertemu beberapa sahabat; Haikal, Muaz, Bro Syah, Dauh, Alin, Fizah dan Diyana. Ramai juga yang tidak sempat berjumpa; Adli, MatYie, Kak Asma dll.. Walaupun selepas hari ini kita berjauhan, namun tetap juga kita dekat dalam hati, dengan Rabitah yang dibaca.

Tidak banyak tempat yang dikunjungi, hanya Santubong, itu pun atas jemputan menghadiri program juga. Kasihan pada 'orang tua' itu ke hulu dan ke hilir, habis digunakan kesempatan. Maklumlah, jarang berada di Sarawak, full-timenya banyak di Semenanjung. Saya yang jadi penemannya juga letih, rasanya sayalah lebih letih. Masih tidak biasa lagi life sebagai full-timer dalam jamaah. Harapnya suatu hari nanti selepas matlamat tercapai, saya akan full-time dari segi tenaga. Setakat ini bukanlah tidak full-time, namun ada beberapa perkara yang perlu saya capai, insyaAllah, ia juga untuk perjuangan.

Program semalam adalah program klimaks kepada lawatan kami berdua di Sarawak. Program anjuran Lujnah Tarbiyah dan Pengkaderan Pas Pusat. Walaupun saya telah melaluinya beberapa kali sebelum ini, namun pengisiannya tetap juga terkena pada batang hidung sendiri. Moga saya istiqamah menundukkan kehendak nafsu, agar jiwa itu tenang dan sejahtera dengan perkara yang Allah redhai.

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa ada dalam doaku, moga program semalam merupakan titik tolak supaya kita semua bergerak aktif dalam amal Islami. Meskipun kita professional, meskipun kita engineer, meskipun kita adalah pendidik, namun kita semua tetap pernah berbaiah pada Allah dan Rasul, agar tetap meneruskan perjuangan sehinggalah Allah memanggil kita kembali kepadaNya dalam mati. Moga Allah bersama kalian dalam perjuangan. Bersabar sahabat-sahabat ku, sepertimana aku sering menasihati diriku; supaya kita bersabar dalam berjuang.

Seronok perjalanan kali ini, banyak pengalaman yang dikutip. Moga kita hari ini dan esok lebih baik dari lepas. Apa yang berlaku pada lepas kita lupakan. InsyaAllah, kembalilah jiwa kita, kembalilah hati kita ini membesarkan Allah Taala. Buktikanlah syahadah kita melalui perjuangan. Moga kita terlepas dari azab neraka Allah, dan tergolong bersama dengan golongan yang Allah beri keampunan dan Allah redhai.

Harapnya duit yang dibelanja ini, Allah redhai.. Terima kasih sahabat-sahabat di Sarawak, antum antunna menjadikan aku lebih teruja, terbakar dalam perjuangan, insyaAllah. Harapnya, begitu juga sahabat-sahabat di Sarawak.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP