Monday, December 21, 2009

Only for my reading..

  1. Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis, akhirnya tergerak juga utk menulis. Tak tahu lagi sama ada hendak menulis panjang atau pendek. Apa yg penting, sekadar hendak membebel pada waktu petang, sambil berpening2 kepala sejak semalam.
  2. Hari ni telah pun masuk hari ke-5 Muharram 1431. Tahun 1430, tak banyak perkembangan. Perkembangan fizikal tu ada (kuatnya makan). Banyak lagi proses yang tak habis especially proses pematangan diri. Banyak perkara yang berlaku pada diri dan orang2 yang hampir dengan saya. Cuma yang mampu saya buat adalah muhasabah dan ambil pengajaran yang berguna. Biarpun dari kehidupan sendiri mahupun kehidupan orang lain, pengalaman itu atau pengajaran itu sangat penting. Itulah tarbiyyah paling berharga selepas diberi imput akademik. Pengalaman orang tua itu mahal kerana mereka, kata orang Melayu 'terlebih dahulu makan garam dari kita'. Mungkin sebab itu juga orang tua cepat darah tinggi, huu...
  3. Tak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Sangat banyak perkara yang ingin dilakukan, namun masa itu tetap pergi begitu sahaja. Jika dibuat ini, kita tidak ada masa untuk perkara lain. Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth;..
  4. Manusia tidak punya banyak kelebihan, ada masanya kita perlu membuat pilihan. Pelbagai pilihan kita boleh buat sama ada untuk melakukan, membiarkan, mengelak, berlawan, tidak menghiraukan dan apa2 sahaja yang kita boleh pilih. Hasilnya tetap juga ada dua: sama ada membawa kebaikan, atau membawa keburukan. Pilihlah sebaiknya, moga Allah berkati setiap pilihan kita, ameen..
  5. Tahun baru apa pemfokusannya? Banyak sangat perkara nak fokus, saya sendiri tak tahu nak fokus yang mana satu. Mungkin fokus jadi kaya, huu.. Rakan sekerja telahpun memiliki Toyota Vios yang baru. Saya masih dengan Iswara yang macam2 ragamnya. Nak ambil kereta baru tinggi maharnya. Kena bayar utk 9 atau 7 tahun terus. Kereta kebal ku itu hanya tinggal 2 bulan. Lagi kita hendak berjimat, makin banyak perkara tak terjangka berlaku. Takpelah, benda tak nampak, buat apa nak mengeluh, adalah benda yang Allah hendak beri. (Ayat menyedapkan hati)
  6. Apa fokusnya? Sukar sekali hendak menjawab. 'Kalau ditelan mati bapak, kalau diluah mati emak', tapi takdelah sampai tahap ini. Apapun fokus yang telah aku tetapkan (malas nak tulis) harapnya tidaklah aku meninggalkan semuanya. Pernah sekali aku pesan pada anak usrah, "kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semuanya".. Sikit-sikit itu secara berterusan itu lebih baik dari buat banyak tapi tiada konsisten. Semua orang tahu ayat ni, tapi susah nak mempraktikkannya.. Moga Allah permudahkan setiap urusanku dan sahabat-sahabat yang lain.
  7. Dah lama meninggal amalan membaca buku. Rasa adalah dalam beberapa bulan, Cuma yang istiqamah adalah al-Quran, Alhamdulillah.. Buku masih bertimbun tak dihabiskan lagi. Ingat lagi buku-buku yang dibeli ketika masih belajar. Sanggup turun ke KL berseorangan semata mencari buku. Habis beribu agaknya duit semata sayangkan buku dan bau buku.. Takpelah dulu.. Lagipun dah berbulan lamanya tak spend duit, boleh berjimat sikit. Cuma recently ada la beli 2 buah buku, huu.. Ianya sangat berbaloi!! (",)v
  8. Hujung tahun makin menjelang. Tak sabar menunggu 27hb, macam biasa gaji masuk. Gaji masuk pun bukan boleh buat apa-apa sangat. Bolehlah nak belanja bini no.2 tu aksesori sikit. Kalau tak, merajuk la pulak Iswara Aeroback tu. Bonus?? Erm, janganlah mengharap sangat, ntah ada ntah tidak. Rezeki Allah kat mana-mana pun boleh dicari, kalau tak dapat bonus, takpelah, adalah rezeki kat mana-mana tu. Yang penting keyakinan kita pada Allah sentiasa diperkemaskan dan diperkukuhkan dari masa ke semasa. Kalau ada Alhamdulillah, kalau tidak ada pun syukur. Kita milik Allah, hidup di dunia semuanya pinjaman sementara. Akhirat nanti tahu lah masing-masing nak bayar loan peribadi-i yang Allah beri.
  9. “Kerja sampai mati pun takkan pernah habis”. Itu yang diperkatakan seorang senior kat tempat kerja. Tengah-tengah mengeluh akibat kerja banyak, senior tersebut spontan memberi nasihat. “Hidup memang penuh dengan ke’busy’an”. Terdiam seribu bahasa sebentar bile big boss respon pada jawapan ‘xjadi’.. Adei, separuh masa akhir dalam tempoh setahun ini saya belajar berkenaan mengurus kerjaya dan kerja amal islami. Entah apa yang aku belajar susah nak recall. Makin tua ni makinlah banyak tangunggjawab. Kerja-kerja dipejabat makin bertambah, kerja-kerja diluar pun banyak lagi tidak selesai dan makin banyak pulak kerja yang bakal mendatang. Ni baru hidup membujang, kalau dah ada bini, ditambah dengan anak-anak. Moga Allah mempermudahkan setiap urusan kehidupan saya. Harapnya aku kekal istiqamah dalam amal Islami, itu yang penting. Itulah caranya kita nak masuk syurga. Ke ada cara lain nak masuk syurga? Huu.. So apa yang penting? Utamakan yang paling utama..
  10. Tengok sahabat-sahabat keliling, semuanya makin mantap dan advance dari banyak segi. Jika nak dibandingkan dengan diriku, laa apalah sangat. Hebatnya diaorang!! Keciknya aku!! Baguslah sahabat semuanya makin baik, moga dekatlah kalian semua dengan Allah dan Rasul. Untuk diriku pula, ini bukan masanya nak merendah-rendah diri. Tak boleh layan sangat persepsi minda diri. Jangan anggap diri terlalu bagus, dan jangan pula terlampau merendah diri. Cukuplah berada dipertengahan antara keduanya. Kita tidak mampu selamanya memuaskan hati semua orang. Apa yang penting kita tahu kelebihan dan kekurangan diri dan yang paling penting, terima orang lain seadanya. Ubah sikap untuk memajukan diri.. Orang lain turut gembira kerana kita.
  11. Apa yang penting kehidupan adalah kita tahu dimana kita ingin menempatkan diri dalam amal Islami. Samada ingin menjadi ‘political dog’, funder, aktivis, pencacai dan apa sekalipun terpulang pada diri untuk menjawab. Kalau hidup seharian banyak bergembira, fikir-fikirkanlah dimana keseriusan kita dalam amal Islami. Kalau anda menangguhkan intima’ semata untuk menunggu beberapa tahun akan datang baru anda punyai kelebihan untuk berintima’, juga terpulang pada kamu. Asalkan semuanya dapat jawab pada Allah setiap apa yang kamu baiahkan itu. Itu yang ingin saya sampaikan pada diri saya. Wahai diri, ambillah iktibar pengajaran dari kehidupan orang sekeliling kamu, sebab diriku bukan orang yang sempurna, masih jauh dari kebaikan. InsyaAllah akan ku buat sehabis baik untuk memperbaiki diriku..
  12. Rasanya cukuplah sekadar itu. Makin banyak bicara, makin nampak sangat kebodohan pada diri. Lagipun tidak ada apa sangat nilai dalam posting ini, banyak sangat kot ulangan dari posting lepas. Ambillah mana yang baik, yang buruk itu tolaklah ketepi.
  13. Wallahua’alam..

1 comments:

Anonymous,  Wednesday, January 06, 2010 7:48:00 AM  

i love this article fity. sometimes i think that when u write for a long time, its would be better then u write many times a week. its make muhasabah for me too.keep up man!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP