Tuesday, June 2, 2009

Muhasabah - 1 tahun


Alhamdulillah, kepujian hanya layak diberikan hanya padaNya.

Teringat lagi ketika penghujung pengajian tahun ke-5 semester terakhir di UTM Skudai, waktu itu sibuk menghantar resume ke syarikat2 berkaitan utk mendapat tempat kerja kerana risau pointer ketika itu sangat kurang memberangsangkan. Maklumlah, saya memang bukan orang yg intelek berbanding kawan2 mahupun sahabat2 dan juga junior saya ketika itu. Alhamdulillah, sebelum saya sempat menjawab final paper saya dan sebelum penghantaran thesis saya, saya dipanggil temuduga di sebuah syarikat pembinaan yang besar. Selepas sahaja saya menjawab final paper saya hari khamis, saya menerima satu lagi panggilan temuduga di sebuah syarikat pengeluar aluminium. Dengan harapan, kerisauan dan doa, alhamdulillah saya dapat menghadiri kedua temuduga tersebut pada minggu yg berlainan.

Setelah penghantaran thesis dan senarai pembentang thesis keluar, saya dipanggil sekali lagi untuk interview kali ke-2 di syarikat pembinaan yang sama dan mendapat panggilan temuduga di Putrajaya. Ntah macamana, rezeki yang ditakdirkan Allah utk saya, saya berjaya mendapat tawaran pekerjaan di syarikat pembinaan sebelum saya sempat mengemas barang2 saya dikampus. Kiranya tidak sampai cuti 2mggu selepas saya pulang ke Melaka, saya harus melapor diri utk bekerja. Dengan tidak ada, kenderaan motor mahupun kereta, dengan keadaan tidak sempat nak melakukan revision dan dalam keadaan kelam kabut, saya berpindah ke Selangor, rumah abg saya dan juga dalam tidak ada langsung kewangan tambahan.

Tak terbayang, betapa Allah hendak menujukkan pada saya kehebatanNya, dalam masa 3 hari sebelum saya perlu lapor diri, saya telahpun dapat sebuah kenderaan 2nd hand car, iswara aeroback 1.3. Ada bantuan dari sahabat menghulurkan sejumlah wang utk membeli kelengkapan pakaian kerja dan kasut hitam. Kiranya saya ketika itu, datang ke Selangor dalam keadaan tidak ada persediaan langsung..

Hari ini genap sudah setahun aku bekerja di syarikat pembinaan. Ya Allah, sangat tidak terduga sama sekali dalam benakku dengan apa yang aku terima hari ini. Segalanya berlalu dalam masa yang singkat dan rezeki yang datang memang sangat tidak dijangkakan. Klu ikut logik dan perhitungan akal, mustahil aku mampu mendapat tempat pekerjaan. Segalanya berlaku tetap juga dengan keizinanNya

*****************************************

Sepanjang setahun bekerja, terasa amatlah sukar sekali klu hendak diikutkan dengan hati dan perasaan. Kos sara hidup disini sangat menekan jiwa, tekanan berada di tmpt kerja itu kadang2 saya terpaksa mengaku kalah, tambahan pula pengalaman yang tidak diingini itu berlaku sehingga menyebabkan saya sangat stress dan yang paling klimaks, saya mendapat sakit belakang sehingga tidak boleh bangun dan berdiri tegak langsung.

Allah, ketika itu saya rasa macam mahu sahaja menjerit. Setiap hari menangis tidak berlagu seorang dalam bilik, hati mudah sensitif dan mudah sahaja panas baran itu melenting.

*****************************************

Sepanjang setahun ini, saya mula terlibat secara perlahan dengan amal Islami. Berbeza ketika dikampus, tak banyak perbelanjaan yang digunakan melainkan untuk makan. Kadang2 saya sendiri tidak makan, semata berjimat utk terlibat dengan amal Islami. Dahulunya mudah, tetapi sekarang walaupun duduk menumpang di rumah abang, namun soal kewangan adalah survival saya sendiri. Duduk di KL/Selangor adalah hidup dalam peperangan antara diri dan alam sekeliling yang tinggi.

Bermula dengan berjinak2 dengan usrah, saya bertatih sehinggalah saya membantu sahabat saya dalam JPM Pusat. Saya tidak mampu menipu jiwa saya walaupun kesusahan yang saya hadapi, tetap juga jiwa saya ingin kepada keterlibatan dalam amal Islami.

Teringat lagi masa mula2 planning kewangan gaji saya. Saya telah meletakkan sekian2 peratus sebahagian gaji saya utk membolehkan saya terlibat dalam amal Islami, namun akhirnya perkara itu gagal sebabnya ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kadang2 saya terpaksa pinjam wang dari Abi utk membantu kos pergi balik kerja sahaja. Moga Allah permudahkannya..

*****************************************

Hari ini merupakan hari yang paling gembira buat diri. Juga hari paling emosi buat diri. Hingga saat menaip posting ini, berapa banyak kali saya menahan diri sebak dan air mata dari mengalir. Harapnya kesusahan yang saya alami sepanjang setahun ini, merupakan ibadah apabila menghadapi Allah kelak di padang Mashyar. Biarlah kesusahan yang dihadapi ini, membuahkan ketenangan, keikhlasan, keberanian dan kesungguhan dalam beramal dan berintima' dalam dalam jamaah mahupun amal Islami.

Biarlah saya susah dalam dunia, moga saya beroleh kesenangan di Akhirat kelak.

*****************************************

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
[al-Baqarah : 155-158]

3 comments:

Anonymous,  Thursday, June 04, 2009 11:07:00 AM  

wah.sudah setahun ye. tahniah. kagum kemantapan fity skrg.. :)

gatekeeper Monday, June 08, 2009 9:04:00 AM  

uyun: yap.. manusia seharusnya begitu.

abg miji: erm, thanks. tak mantap pun, klu orang yang mantap mereka tidak mengeluh.. erm..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP