Friday, June 26, 2009

JUN - Joint Unity Nation 4 Islam (bkn Unity Govt)

Alhamdulillah..

  1. Rasa mcm dah lama sangat tidak menulis. Bukan masalah takde idea, tapi masalah ketiadaan mood itu. Kadang2 masa juga tidak mengizinkan, kat ofis of course kene tumpu keje, then kene wat keje sambil tu curi2 skit masa utk settlekan perkara lain. Kat umah mana de internet. Bile idea datang, tapi malas nak tulis, tu yg idea datang dan pergi. Tapi xpelah, tak penting pun idea pemikiran. Kat malaysia, dah ramai sangat pemikir dan ramai sgt orang suka jadi pemikir. Lebih2 lagi yang duduk dalam Jamaah. Klu semua orang suka keje berfikir, sape nak wat keje2 teknikal? So xperlulah memandaikan diri. Kadang2 tgk gak orang yang nak jadi pemikir ni hebat ke? Mungkin kat kampus dulu kot.. Takpe, teruskan berfikir, moga ada sumbangan utk Islam, jangan cakap je ek. Do walk the talk!!!!
  2. Lepas balik dari program, apsal semua nampak macam mandum, ke saya sorang je yang mandum. Erm, ke sebab bulan Jun ni saya mandum, ye la mentang2 b'day saya. Erm, bagus juga jadi mandum, sbb xbyk duit perlu kluar. Klu jalan2 kat KL, mak oi, skit2 tol. Xmasuk makan n duit minyak. Xpe, as long utk jamaah, saya suka. Biar kadang2 rasa berat, nafsu perlu dilawan, btul x?
  3. Tahun ni xmo jadi spt tahun2 lepas. Dah setahun keje mesti kene ada progress. Tak kiralah, progress tahap penjimatan duit, progress tahap keimanan mahupun progress ke arah tertegaknya Khilafah Islamiyah. Mesti ada usaha secara individu ke arah itu. Individu kpd keluarga, then kepada masyrakat, then menangnya Islam di Malaysia, then kesatuan negara2 Islam bawah khilafah Islam dan akhirnya sehingga tiada lg fitnah utk Islam.
  4. Tahun ni juga kene ada kematangan. Mesti banyak belajar utk tolerate dalam byk perkara. Kenalah juga fikirkan org lain selain diri sendiri. Kena belajar sbb as a Mukmin xbleh nak abaikn saudaranya yang lain. Andaikata saya main2 lagi, akan terbuanglah masa saya yang berkualiti utk Islam. Be serious slowly, jgnlah mendadak perubahan itu. Orang takut dan saya pun mungkin akan berubah pada asal balik.
  5. Tahun ni juga saya perlu biasakan diri dengan perkataan 'adjustment'. Banyak perkara yang tidak mudah yang kita sangkakan. Ada cabaran yg perlu ditangani dengan bijak. Kalau xbleh A, kita wat cara B. Erm, walaupun Islam sbg penyelesaian, tapi dalam Islam itu sendiri ada pelbagai kaedah yg bleh diguna pakai. Ikutlah situasi dan suasana, insyaAllah kita cuba hadapinya dgn sebaik mungkin, family tak terabai, dakwah tak terabai, perjuangan pun tak terabai. Moga Allah permudahkan..
  6. Banyak lagi urusan yang perlu diuruskan dan perlu difikirkan. Tak kiralah sama ada di peringkat JPM, matrikulasi, kampus mahupun personal matters. Semuanya perlu kepada kesungguhan saya. Namun begitu, usaha tidak berhasil andaikata saya bertepuk sebelah tangan. Tetap juga mengharapkan bantuan dari pihak lain. Hidup berjamaah adalah ibarat hidup berkeluarga. Saling bantu membantu ada nilai utama dalam keluarga selain dari saling memahami. Setiap orang ada kelemahan, bantulah.. Walaupun kita dalam jamaah, kita juga saling melengkapi antara satu sama lain. Janganlah pandang rendah pada individu lain dan hargailah mereka/sesiapapun dengan apa yg mereka ada. Itulah mereka, kita saling bantu antara satu sama lain. Jamaah adalah keluarga, dan keluarga kita juga sebahagian dari jamaah..
  7. Sat lg balik hometown. Xsabar nak jmpa mak dan ayah. Katanya ada hadiah, ahahaha. Nak belanja mak ayah makan. Lama juga xbg mak hadiah. Skali ngan father's day.. Mak oi teringatlah plak masak asam kat melaka n kat kempas, marvellous!! Tapi tu la, la ni musim diet, xbleh makan byk2..
  8. Umur pun dah makin dekat dgn Tuhan. Cuma harapnya lepas ni masih istiqamah, diberikan pelbagai peluang utk memperbaiki diri dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih utk hadiah, wish, doa, harapan dari sahabat. Moga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangNya pada semua.
  9. Islam utk semua - ambil slogan PAS for All...

4 comments:

LegendZ Friday, June 26, 2009 2:35:00 PM  

wah..point yang ke tujuh tu ayat satu ayat yang aku tak boleh dengar.."asam pedas"..ahaha

Anyway,trus maju kehadapan bro,jgn maju kebelakang,hidup harus diteruskan walau dugaan n cabaran dtg bertimpa-timpa.Inilah ujian kpd mereka yg berjuang.Andaikata semua di bentang dgn karpet merah,baik masuk UMNO..wawa..(nauzubillah).

Satu lagi,lupa la,ana ada hutang rm10 pd hang,igt ari tu nak bayar,lupa la.ujung minggu ni klu free boleh tubik asam pedas..ana belanja..amacam..

gatekeeper Friday, June 26, 2009 2:43:00 PM  

mlm ni arr bleh.. on the way, bleh aku singgah kat mana2 kita bleh jmpa.. jalan ke pasar borong aku dah lupa arr..

tahu td aku xmakan.. xpe2 roti canai ade, balun je.. soal diet tolak tepi sat, masak asam weh.. bleh jadi giler klu xrasa... masak asam power!!

LegendZ Friday, June 26, 2009 2:47:00 PM  

wawa..ni khurafat ni..taksub pd asam pedas..haha

gatekeeper Friday, June 26, 2009 2:59:00 PM  

ini bukan khurafat.. ini soal dharuriyah.. bleh jadi gile woo..

morale of the story, kembalilah pada fitrah, beriman dan bertaqwalah pada Allah

he..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP