Wednesday, May 13, 2009

Silence is Golden


Ntah kenapa saya jarang update blog sendiri. Padahal banyak sangat idea dan lintasan ilham yang datang utk posting2 dalam blog ni. Mungkin saya hanya mahu diamkan sahaja, ingin rasa sendiri tanpa berkongsi, mungkin lebih bermakna sekiranya ia tidak dikongsikan. Allah akan menguji setiap apa yang diperkatakan dan setiap perkara yang diyakini.

Kadang2 tidak berkata itu lebih baik dari berkata2. Semakin banyak memperkatakan sesuatu, semakin jelaslah kita menampakkan kebodohan dan tidak matangnya diri. Erm, kalau hendak memperkatakan sesuatu, biarlah dari pengalaman sendiri. Janganlah melampau, sehingga terasa diri hebat menceritakan perihal pengalaman diri. Pengalaman yang lama, hanya sah utk perkara lepas. Yang ada hanyalah sekarang, dan masa depan hanya berdasarkan apa yang kita usahakan. Jangan sibuk menyatakan atau menceritakan perkara lepas, kerana tidak ada maknanya kita ulang2, tapi tindakan sekarang lebih teruk/buruk dari yang lepas. Janganlah rasa diri itu hebat dengan cerita yang lepas, pastinya anda adalah golongan yang tertipu dengan diri sendiri.

Mungkin sbb itu juga saya melepaskan kemarahan saya, tidak terkawal, dan juga tidak kuduga sama sekali. Bodohnya saya kerana hanya termakan sedikit. Cukuplah menyesali perbuatan lepas, jangan terlalu memperingatinya, kita akan hanyut dgn mainan fikiran, duduk dibawah tempurung diri yang 'kolot', tidak berkembang dan tiada faedahnya.

Akhir sekali senyum je la sorang2..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP