Monday, February 16, 2009

Perjalanan...

Bismillah - Alhamdulillah,

Sempat pula aku berhujung minggu di Perak dan Perlis, 2 hari - 2 destinasi. Mungkin luaran aku bersahaja menimba pengalaman, namun di dalam aku ingin menimba pengalaman bersama orang yang full-timer dalam jamaah. Kita banyak belajar selama ini, pengalaman dari buku2, namun ianya tidak semahal pengalaman yang dirasai dengan pancaindera pinjaman Allah kepada diri. Pengalaman yang menyentuh Ruh, Hati, Aqal dan Nafsu, Moga Allah golongkan aku dikalangan orang yang hidup hati dan aqal, orang yang kuat ruhnya dan nafsunya terdidik untuk tenang dengan perkara kebaikan. Perlulah ingat, berjuang bukanlah untuk berseronok. Firman Allah dalam surah al-Baqarah:155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Andaikata kita berjuang kerana adanya sahabat, kita rasa gembira bersama sahabat, maka kita akan tersungkur, apabila salah satu dari empat ujian yang dijamin oleh Allah. Bukan berseronok yang kita mahukan. Sebaliknya carilah keseronokan dalam berjuang, keseronokan dalam dakwah, keseronokan melakukan kerja-kerja kerana Allah, kerana rezeki itu menurut Imam al-Ghazali ada 4, dan salah satunya adalah rezeki yang dijanjikan oleh Allah apabila hambaNya berjuang pada jalan Allah..

Kalau sebelum ini aku ke Permatang Pauh, Penang ziarah walimah sahabat, kali ini aku ke destinasi jauh ke utara sedikit, bersama dalam Program anjuran Lujnah Tarbiyah Pas Pusat. Melihat negeri orang lain memang banyak memberi pengalaman dan pengajaran. Melihat situasi dan suasana tarbiyah di negeri2 menang, negeri yang kalah dan negeri yang ada kemenangan ditempat2 tertentu.

Yang sangat menarik minat adalah melihat orang. Makin ramai kenalan atau orang yg kita berjumpa, makin banyaklah perangai dan perwatakan yang kita jumpa. Makin banyak kita berkenalan dengan orang2 sekeliling, makin ramailah kisah2 kehidupan yang kita tahu. Dari hal peribadi, hal Baitul Muslim, kelompok hinggalah sekecil-kecil perkara. Melihat manusia semenangnya hobiku sebelum mengenali jamaah lagi..

Destinasi berikut adalah Sarawak - Moga Allah meluruskan niatku. Pergi bukan semata makan angin atau melepaskan tekanan. Pergi adalah untuk menimba pengalaman. Sudah banyak aku berjalan / mengembara sejak dari tahun 2 di kampus. Kalau hendak dikatakan banyak pengalaman, apalah sangat nak dibandingkan 30tahun pengalaman dalam jamaah. Masih jauh perjalanan dakwah, tarbiyah dan jihad dalam diri ini. 5 tahun, tidak ada ertinya..

Kerja adalah kerja, tanpa disertakan niat yang betul, tidaklah kerja itu dikira sebagai ibadah. Ini perkara asas dalam kehidupan manusia. Ketika mula2 aku dapat tawaran kerja, aku juga menghadapi konflik, antara kerjaya bidang kursus yang diambil di Universiti, dan juga kerjaya secara direct bersama dalam jamaah. Konflik yang dihadapi diri sejak tahun kedua dikampus kini terjawab. Apa jawapannya, erm, biarlah aku simpan untuk diriku. Dimana sahaja kita dicampak, kerja amal Islami tetap perlu diteruskan.

Wallahua'lam...

2 comments:

Syifa' Ismail Tuesday, February 17, 2009 4:51:00 PM  

salam..
betul setuju2.. di mana bumi dipijak di situ Islam akan tertegak..
sape nk tegakkan?

kita la yag sedar dirinya muslim..

gatekeeper Tuesday, February 17, 2009 5:29:00 PM  

Moga kita tergolong dalam golongan muslim yang Allah kasihkan kita, dan kita pula kasihkan Allah, berlemah lembut sesama muslim, berkeras pula ke atas orang kafir, bersungguh2 dalam amal Islami, dan tidak pula kami takut dengan celaan orang2 yang mencela kami..

terima kasih kerana sudi lawat..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP