Thursday, October 29, 2009

there's no life to those who dead!!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, yang masih lagi tidak terputus untuk mengurniakan nikmat Islam dan Iman. Kasih Allah pada manusia tidak bertempaat, berkekalan dan tiada pengakhiran. Itulah hebatnya Allah, Tuhan Sekalian Alam. Manusia semuanya perlu padaNya. Kasih manusia ikut cita rasa, ikut emosi, ikut mood dan juga ikut tempat. Sukarnya berkekalan. Andai mampu manusia beri rasa kasih sesama manusia secara berkekalan, nescaya amanlah dunia, dakwah itu mudah dll. Disebabkan kita adalah manusia, kita banyak kelemahan. Dan banyak kelemahan itulah yg memerlukan kita pada pasangan yang baik, keluarga yang baik, jamaah yang baik, masyarakat yang baik, daulah yang baik dan seterusnya khilafah Islamiyah, yg senantiasa menjadi idaman para pejuang.

Kejap sahaja dah tiba penghujung bulan Oktober. Masih terasa lagi hangat suasana Bagan Pinang, masih terngiang lagi waktu di Kuala Terengganu dan di Perak. Kejap sungguh masa meninggal kita. Pejam celik sudah hampir setahun 4 bulan aku bekerja utk mencari sesuap nasi dan sumber utk terus berada dalam jamaah. Kadang2 kita sendiri rasa berada di bawah, tanpa sokongan, seolah2 dunia itu bukan berpihak pada kita. Tapi apakan daya, perancangan Allah mengatasi segalanya. Pengajaran Allah melangkaui batas pemikiran yang ada. Kesudahan yang Allah beri disebalik setiap peristiwa besar hikmahnya. Kerana Allah masih mahukan kita berfikir, dan kembali kepadaNya. Apabila kita berada diatas pula, bukanlah bermaksud segala kemudahan yang ada adalah utk diri, namun ianya utk perkara lain yg lebih utama, ya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk amal Islami.

Adakah hidup aku sekarang menuju ke arah kebaikan?? Entahlah, tidak mampu aku menjawab soalan itu. Masih jauh lagi andaikata al-Quran dan sunnah dijadikan rujukan. Namun tidaklah pula aku langsung tiada pencapaian. InsyaAllah sedikit demi sedikit. Ramai sahabat2 berubah apabila masa berlalu. Begitu juga dengan diriku, ada perkara yg telah berubah pada diriku. Harapnya apa yg berubah pada diriku adalah perubahan yang diberkati, dirahmati dan diredhai Allah. Juga aku tidak mahu perubahanku menyebabkan amal aku kepada Allah dan amal Islami berkurangan.

Erm, cukuplah tulisan serius kat atas.. huu, dah xle pegi dgn serius dah.. bole, tapi utk sorang2la.. makin hari makin perasan jugak, keseriusan tu dah xbleh stay long.. Klu masa kat kampus dulu, mak oi, padan la depa lari dari saya lepas grad. erm, tu la, padan muka hang, sape suh serius, semua cabut.. tapi still ada yg xcabut, still commit dalam amal islami.. baguslah, kita doakan yang terbaik untuk cabut dan juga xcabut..

Erm, dayat, keje kita makin banyak laa.. bile pikir sorang2 atas katil, mak oi, klu nak ikutkan hati la, mahu je pegi setiap satu negeri utk bg explaination. lepas tu nak bg training kat peringkat negeri plak utk depa faham n bleh monitorize setiap proses yang berlaku one by one.. group kita baru je, mak oi, bilang ngan jari je la.. peringkat aku, aku xde cadangan sape2 yg nak dijoinkan.. klu ikut tapisan aku, mmg byk tak lepas. tapi insyaAllah aku carik sorang dua lagi.. ni yg boleh devote utk keje2 gila kita. harap kita semua tabah dan sabar utk keje2 'gile' ni.. makan masa, makan duit, makan hati.. silap2 xkawinla nta sbb takde funders.. kena ada tabungla dayat.. mmg kene ada pengorbanan, tapi kita je yang mati mana bleh, sape nak wat keje kita.. ingat dayat, hidup xkan stabil selagi xkawin.. cepat2 oi.. pesan kat shbt2 lain dlm tu..

Wallahua'lam

p/s: tajuk posting mmg sengaja tak sama dgn mende yg merepek.. tiba2 rasa macam xmo tulis point sbnrnya.. amik yg baik, buang yang buruk..

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP