Friday, June 26, 2009

How you explain that?



[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Read more...

JUN - Joint Unity Nation 4 Islam (bkn Unity Govt)

Alhamdulillah..

  1. Rasa mcm dah lama sangat tidak menulis. Bukan masalah takde idea, tapi masalah ketiadaan mood itu. Kadang2 masa juga tidak mengizinkan, kat ofis of course kene tumpu keje, then kene wat keje sambil tu curi2 skit masa utk settlekan perkara lain. Kat umah mana de internet. Bile idea datang, tapi malas nak tulis, tu yg idea datang dan pergi. Tapi xpelah, tak penting pun idea pemikiran. Kat malaysia, dah ramai sangat pemikir dan ramai sgt orang suka jadi pemikir. Lebih2 lagi yang duduk dalam Jamaah. Klu semua orang suka keje berfikir, sape nak wat keje2 teknikal? So xperlulah memandaikan diri. Kadang2 tgk gak orang yang nak jadi pemikir ni hebat ke? Mungkin kat kampus dulu kot.. Takpe, teruskan berfikir, moga ada sumbangan utk Islam, jangan cakap je ek. Do walk the talk!!!!
  2. Lepas balik dari program, apsal semua nampak macam mandum, ke saya sorang je yang mandum. Erm, ke sebab bulan Jun ni saya mandum, ye la mentang2 b'day saya. Erm, bagus juga jadi mandum, sbb xbyk duit perlu kluar. Klu jalan2 kat KL, mak oi, skit2 tol. Xmasuk makan n duit minyak. Xpe, as long utk jamaah, saya suka. Biar kadang2 rasa berat, nafsu perlu dilawan, btul x?
  3. Tahun ni xmo jadi spt tahun2 lepas. Dah setahun keje mesti kene ada progress. Tak kiralah, progress tahap penjimatan duit, progress tahap keimanan mahupun progress ke arah tertegaknya Khilafah Islamiyah. Mesti ada usaha secara individu ke arah itu. Individu kpd keluarga, then kepada masyrakat, then menangnya Islam di Malaysia, then kesatuan negara2 Islam bawah khilafah Islam dan akhirnya sehingga tiada lg fitnah utk Islam.
  4. Tahun ni juga kene ada kematangan. Mesti banyak belajar utk tolerate dalam byk perkara. Kenalah juga fikirkan org lain selain diri sendiri. Kena belajar sbb as a Mukmin xbleh nak abaikn saudaranya yang lain. Andaikata saya main2 lagi, akan terbuanglah masa saya yang berkualiti utk Islam. Be serious slowly, jgnlah mendadak perubahan itu. Orang takut dan saya pun mungkin akan berubah pada asal balik.
  5. Tahun ni juga saya perlu biasakan diri dengan perkataan 'adjustment'. Banyak perkara yang tidak mudah yang kita sangkakan. Ada cabaran yg perlu ditangani dengan bijak. Kalau xbleh A, kita wat cara B. Erm, walaupun Islam sbg penyelesaian, tapi dalam Islam itu sendiri ada pelbagai kaedah yg bleh diguna pakai. Ikutlah situasi dan suasana, insyaAllah kita cuba hadapinya dgn sebaik mungkin, family tak terabai, dakwah tak terabai, perjuangan pun tak terabai. Moga Allah permudahkan..
  6. Banyak lagi urusan yang perlu diuruskan dan perlu difikirkan. Tak kiralah sama ada di peringkat JPM, matrikulasi, kampus mahupun personal matters. Semuanya perlu kepada kesungguhan saya. Namun begitu, usaha tidak berhasil andaikata saya bertepuk sebelah tangan. Tetap juga mengharapkan bantuan dari pihak lain. Hidup berjamaah adalah ibarat hidup berkeluarga. Saling bantu membantu ada nilai utama dalam keluarga selain dari saling memahami. Setiap orang ada kelemahan, bantulah.. Walaupun kita dalam jamaah, kita juga saling melengkapi antara satu sama lain. Janganlah pandang rendah pada individu lain dan hargailah mereka/sesiapapun dengan apa yg mereka ada. Itulah mereka, kita saling bantu antara satu sama lain. Jamaah adalah keluarga, dan keluarga kita juga sebahagian dari jamaah..
  7. Sat lg balik hometown. Xsabar nak jmpa mak dan ayah. Katanya ada hadiah, ahahaha. Nak belanja mak ayah makan. Lama juga xbg mak hadiah. Skali ngan father's day.. Mak oi teringatlah plak masak asam kat melaka n kat kempas, marvellous!! Tapi tu la, la ni musim diet, xbleh makan byk2..
  8. Umur pun dah makin dekat dgn Tuhan. Cuma harapnya lepas ni masih istiqamah, diberikan pelbagai peluang utk memperbaiki diri dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih utk hadiah, wish, doa, harapan dari sahabat. Moga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangNya pada semua.
  9. Islam utk semua - ambil slogan PAS for All...

Read more...

Friday, June 19, 2009

No Boundaries

Seconds, hours, so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever
If you feel you’ve lost your way


What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
To fight and never walk away


Coz hear I am — still holding on!


Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You’ll make it through the pain

Weather the hurricane
To get to that one thing


When you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
There are no boundaries
There are no boundaries


I fought to the limit to stand on the edge
What if today is as good as it gets
Don’t know where’s the future’s heading
Nothings gonna bring me down


I jumped every bridge
I risked being safe but i always arise
I always arise


So here i am still holding on


Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You’ll make it through the pain
Weather the hurricane
To get to that one thing


When you think the road is going nowhere
Just when you’ve almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can

There are no boundaries
There are no boundaries


You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
Break every rule coz there’s nothing between you
and your dreams


With Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
Yeah There are no boundaries
There are no boundaries


With every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe
You’ll make it through the pain
Weather the hurricane


There are no boundaries
There are no boundaries
There are no boundaries

Read more...

Monday, June 8, 2009

Monolog


Alhamdulillah..

Kelmarin, semalam dan hari ini, tidak putus dari kepala ku memikirkan mengenai amal Islami. Entahlah, makin hari makin heavy level pemikiran. Tak tahu nak describe mana satu. Tersangatlah serabut minda, sesak jiwa dibuatnya. Ada orang kata "buat apa fikir masalah tu, baik hang wat benda lain". Biarlah mereka berkata begitu. Engkau bukan aku, dan aku tak ingin jadi macam kau! (jgn sesekali anda perasan, ini tidak ditujukan kepada anda)

Bila terfikir balik perkara yang lepas, barangkali aku sangat berbeza sekali. Dari segi apa, aku sendiri tidak tahu menilai, yang pastinya aku sendiri banyak berubah. Rasanya makin teruk. Melihat sahabat2 sekeliling, mereka semuanya gembira. Aku tak tahu kemana gembira aku telah pergi. Suka duka aku, hanya bila aku berada dalam jamaah. Diluar sana, aku tidak ada kehidupan, aku tidak ada keseronokkan. Kehidupan dan keseronokkan aku, bila waktu program utk jamaah, bila waktu aku bergerak kerja untuk Islam dan hanya ketika aku terlibat dalam amal Islami. Tapi aku kadang2 jeles tengok orang2 lain, masih ada waktu untuk bersuka ria, masih ada kesempatan untuk itu dan ini. (ini juga bukan merujuk kepada anda)

Erm, sekarang aku agak lost dengan pemikiran sendiri. Sekarang aku duduk dalam gua imaginasi aku sendiri. Sesiapa yang tegur, akan dibalas dengan kata2 indah berulam sakit hati. Be patient with me for a while. Biasalah orang laki perlu duduk dalam gua sendiri sesekali. Mencari diri yang entah hilang kemana2 dan dimana2..

Next week, ada tamrin perlu dikendali. InsyaAllah, it will be 2 in 1 therapy. Of course tak lupa prog JPM Pusat minggu depan. Gambatte Hidayat, kawe cari nanti ajk2 utk hari tu, sabarlah ek, janganlah marah sbb ana takde..

p/s: this post is not meant to anybody or anyone. this is only the thought of my sick mind. - need to organize my mind.

Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Muhasabah - 1 tahun


Alhamdulillah, kepujian hanya layak diberikan hanya padaNya.

Teringat lagi ketika penghujung pengajian tahun ke-5 semester terakhir di UTM Skudai, waktu itu sibuk menghantar resume ke syarikat2 berkaitan utk mendapat tempat kerja kerana risau pointer ketika itu sangat kurang memberangsangkan. Maklumlah, saya memang bukan orang yg intelek berbanding kawan2 mahupun sahabat2 dan juga junior saya ketika itu. Alhamdulillah, sebelum saya sempat menjawab final paper saya dan sebelum penghantaran thesis saya, saya dipanggil temuduga di sebuah syarikat pembinaan yang besar. Selepas sahaja saya menjawab final paper saya hari khamis, saya menerima satu lagi panggilan temuduga di sebuah syarikat pengeluar aluminium. Dengan harapan, kerisauan dan doa, alhamdulillah saya dapat menghadiri kedua temuduga tersebut pada minggu yg berlainan.

Setelah penghantaran thesis dan senarai pembentang thesis keluar, saya dipanggil sekali lagi untuk interview kali ke-2 di syarikat pembinaan yang sama dan mendapat panggilan temuduga di Putrajaya. Ntah macamana, rezeki yang ditakdirkan Allah utk saya, saya berjaya mendapat tawaran pekerjaan di syarikat pembinaan sebelum saya sempat mengemas barang2 saya dikampus. Kiranya tidak sampai cuti 2mggu selepas saya pulang ke Melaka, saya harus melapor diri utk bekerja. Dengan tidak ada, kenderaan motor mahupun kereta, dengan keadaan tidak sempat nak melakukan revision dan dalam keadaan kelam kabut, saya berpindah ke Selangor, rumah abg saya dan juga dalam tidak ada langsung kewangan tambahan.

Tak terbayang, betapa Allah hendak menujukkan pada saya kehebatanNya, dalam masa 3 hari sebelum saya perlu lapor diri, saya telahpun dapat sebuah kenderaan 2nd hand car, iswara aeroback 1.3. Ada bantuan dari sahabat menghulurkan sejumlah wang utk membeli kelengkapan pakaian kerja dan kasut hitam. Kiranya saya ketika itu, datang ke Selangor dalam keadaan tidak ada persediaan langsung..

Hari ini genap sudah setahun aku bekerja di syarikat pembinaan. Ya Allah, sangat tidak terduga sama sekali dalam benakku dengan apa yang aku terima hari ini. Segalanya berlalu dalam masa yang singkat dan rezeki yang datang memang sangat tidak dijangkakan. Klu ikut logik dan perhitungan akal, mustahil aku mampu mendapat tempat pekerjaan. Segalanya berlaku tetap juga dengan keizinanNya

*****************************************

Sepanjang setahun bekerja, terasa amatlah sukar sekali klu hendak diikutkan dengan hati dan perasaan. Kos sara hidup disini sangat menekan jiwa, tekanan berada di tmpt kerja itu kadang2 saya terpaksa mengaku kalah, tambahan pula pengalaman yang tidak diingini itu berlaku sehingga menyebabkan saya sangat stress dan yang paling klimaks, saya mendapat sakit belakang sehingga tidak boleh bangun dan berdiri tegak langsung.

Allah, ketika itu saya rasa macam mahu sahaja menjerit. Setiap hari menangis tidak berlagu seorang dalam bilik, hati mudah sensitif dan mudah sahaja panas baran itu melenting.

*****************************************

Sepanjang setahun ini, saya mula terlibat secara perlahan dengan amal Islami. Berbeza ketika dikampus, tak banyak perbelanjaan yang digunakan melainkan untuk makan. Kadang2 saya sendiri tidak makan, semata berjimat utk terlibat dengan amal Islami. Dahulunya mudah, tetapi sekarang walaupun duduk menumpang di rumah abang, namun soal kewangan adalah survival saya sendiri. Duduk di KL/Selangor adalah hidup dalam peperangan antara diri dan alam sekeliling yang tinggi.

Bermula dengan berjinak2 dengan usrah, saya bertatih sehinggalah saya membantu sahabat saya dalam JPM Pusat. Saya tidak mampu menipu jiwa saya walaupun kesusahan yang saya hadapi, tetap juga jiwa saya ingin kepada keterlibatan dalam amal Islami.

Teringat lagi masa mula2 planning kewangan gaji saya. Saya telah meletakkan sekian2 peratus sebahagian gaji saya utk membolehkan saya terlibat dalam amal Islami, namun akhirnya perkara itu gagal sebabnya ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Kadang2 saya terpaksa pinjam wang dari Abi utk membantu kos pergi balik kerja sahaja. Moga Allah permudahkannya..

*****************************************

Hari ini merupakan hari yang paling gembira buat diri. Juga hari paling emosi buat diri. Hingga saat menaip posting ini, berapa banyak kali saya menahan diri sebak dan air mata dari mengalir. Harapnya kesusahan yang saya alami sepanjang setahun ini, merupakan ibadah apabila menghadapi Allah kelak di padang Mashyar. Biarlah kesusahan yang dihadapi ini, membuahkan ketenangan, keikhlasan, keberanian dan kesungguhan dalam beramal dan berintima' dalam dalam jamaah mahupun amal Islami.

Biarlah saya susah dalam dunia, moga saya beroleh kesenangan di Akhirat kelak.

*****************************************

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
[al-Baqarah : 155-158]

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP